Skip to main content

Iklan

Iklan

Penonton NDP 21 Ogos tak perlu bimbang jangkitan COVID-19

Para penonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Pentas Terapung Marina Bay pada Sabtu ini (21 Ogos) boleh menikmati persembahan tanpa rasa bimbang kemungkinan berlaku jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2021 06:52PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 08:43PM

SINGAPURA: Para penonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Pentas Terapung Marina Bay pada Sabtu ini (21 Ogos) boleh menikmati persembahan tanpa rasa bimbang kemungkinan berlaku jangkitan COVID-19.

Semua tempat duduknya sudah disembur dengan bahan pembasmi kuman.

Acara persembahan NDP tahun ini diadakan lebih kecil berikutan pelaksanaan langkah-langkah bagi membendung COVID-19.

Hanya 1,000 orang bakal mengisi tempat duduk penonton.

Untuk menjadikannya lebih bermakna, tiket-tiket hanya diberi kepada kakitangan barisan hadapan.

Demi menjaga keselamatan mereka, semua permukaan yang lazim disentuh juga akan dilapik dengan lapisan antimikrob, yang sudah terbukti 99.99 peratus berkesan menghapuskan virus COVID-19.

Setiap lapisan boleh bertahan sehingga 30 hari dan setakat ini, ia sudahpun digunakan pada butang lif di flat-flat HDB.

Untuk perlindungan tambahan, cecair pembasmi kuman juga disediakan di merata kawasan tempat duduk penonton.

Para penonton juga akan diberi sekotak kecil sanitiser tersebut, yang diletakkan dalam beg kecil.

Selepas acara berakhir, kerja membasmi kuman secara menyeluruh akan dijalankan di seluruh kawasan pentas dan tempat duduk.

Sepanjang sesi raptai NDP, kesemua 1,200 peserta yang membuat persembahan telah menjalani ujian saringan ART.

Semua ini demi memastikan perbarisan tahun ini dapat dijalankan dengan selamat dan dapat dinikmati seluruh penduduk Singapura.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan