Skip to main content

Iklan

Iklan

Penjaja yang guna khidmat penghantar makanan boleh dapat S$500 dari NEA semasa tempoh pemutus jangkitan

 Pemilik gerai makanan di pusat penjaja kini boleh menerima geran sekali sahaja berjumlah S$500 bagi membantu membiayai kos pendaftaran di platform khidmat penghantaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjaja yang guna khidmat penghantar makanan boleh dapat S$500 dari NEA semasa tempoh pemutus jangkitan

(Gambar: MEWR)

Diterbitkan : 18 Apr 2020 09:06PM Dikemas Kini : 18 Apr 2020 09:11PM

SINGAPURA: Pemilik gerai makanan di pusat penjaja kini boleh menerima geran sekali sahaja berjumlah S$500 bagi membantu membiayai kos pendaftaran di platform khidmat penghantaran.

Bantuan itu dibuka kepada pemilik gerai yang beroperasi di pusat penjaja yang dikendalikan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), atau pengendali yang dilantik NEA, menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan media pada Sabtu (18 Apr).

"Bantuan ini adalah untuk mengurangkan kos bagi pegerai yang ingin mendapatkan khidmat penghantar makanan tetapi risau mengenai bayaran tambahan, serta membantu menampung kos lain berkaitan khidmat penghantaran makanan," kata NEA.

Sebagai sebahagian daripada langkah pemutus rantaian COVID-19, yang bermula pada 7 Apr, pelanggan tidak dibenarkan makan di pusat penjaja atau di tempat makanan dan minuman sehingga 4 Mei.

Langkah tersebut menyebabkan banyak cawangan F&B menggunakan khidmat penghantaran makanan.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai bayaran tinggi komisen yang dikenakan oleh platform penghantaran makanan, yang boleh mencecah sehingga 40 peratus daripada kos pesanan tersebut. Ini menurut pemilik F&B yang ditemui Mediacorp baru-baru ini.

Penjaja yang ditemui Mediacorp juga berkata mereka masih teragak-agak untuk menggunakan khidmat penghantar makanan kerana kadar komisen masih "terlalu tinggi" meskipun dengan pembiayaan sebulan dari Enterprise Singapore yang diumumkan awal bulan ini.

Pemilik gerai yang berminat mendapatkan geran S$500 NEA itu perlu menyerahkan dokumen perjanjian dengan penyedia khidmat penghantaran makanan atau pihak ketiga logistik, bersama sebarang bukti pesanan makanan yang dibuat menerusi khidmat itu antara 7 Apr hingga 31 Mei kepada nea_hpg [at] nea.gov.sg.

Agensi itu menambah ia akan memberikan jumlah penuh S$500 ke dalam akaun bank pemilik gerai itu selepas membuat pengesahan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan