Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengkaji S'pura temui jenis virus COVID-19 yang sebabkan jangkitan kurang teruk

Sepasukan penyelidik di sini menemui mutasi gen yang menghasilkan jenis virus COVID-19 yang menyebabkan jangkitan kurang teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2020 08:06PM Dikemas Kini : 21 Aug 2020 08:47PM

SINGAPURA: Sepasukan penyelidik di sini menemui mutasi gen yang menghasilkan jenis virus COVID-19 yang menyebabkan jangkitan kurang teruk.

Penemuan itu merintis jalan bagi para doktor untuk merawat pesakit COVID-19 dengan lebih berkesan dan mungkin juga membantu dalam usaha menghasilkan vaksin penyakit itu.

Jenis virus tersebut yang tidak mengandungi gen ORF8, ditemui oleh para saintis Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) serta Sekolah Perubatan Duke-NUS.

Kajian itu melibatkan sekitar 130 pesakit di tujuh hospital awam Singapura.

Seramai 39 daripada mereka dijangkiti virus jenis baru itu manakala selebihnya dijangkiti virus yang biasa.

Hanya jumlah kecil daripada mereka yang dijangkiti jenis virus baru itu mengalami kekurangan oksigen darah atau memerlukan rawatan di ICU.

Jenis baru itu dikesan kali pertama daripada mereka yang tiba di Singapura dan Taiwan dari Wuhan, China pada lewat Januari.

Ia menular di beberapa kelompok di sini tetapi sudah dapat dihentikan menjelang Mac lalu.

Jenis itu tidak lagi dikesan di negara ini.

Sumber : CNA/ZK/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa