Penghantaran air zamzam ke rumah dimulakan di Makkah dalam fasa pertama
Syarikat Air Negara Arab Saudi (NWC) sudah mula mengedarkan botol-botol air zamzam kepada para penduduk di Makkah dalam fasa pertama usaha peringkat nasional itu, lapor Saudi Gazette.
Botol-botol Zamzam di kilang. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)
JEDDAH: Syarikat Air Negara Arab Saudi (NWC) sudah mula mengedarkan botol-botol air zamzam kepada para penduduk di Makkah dalam fasa pertama usaha peringkat nasional itu, lapor Saudi Gazette.
Penghantaran air dari telaga zamzam ke rumah para pemohon akan dijalankan selaras dengan inisiatif online yang diumumkan oleh Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Ketua Presiden bagi Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Dalam wawancaranya bersama Saudi Gazette, Mohammed Al-Mowakali, CEO NWC berkata syarikatnya mula mencari huraian-huraian yang sesuai untuk mengedar air zamzam selepas langkah-langkah pencegahan terhadap pandemik COVID-19 dikuatkuasakan di negara itu.
"Kerja-kerja sedang dijalankan untuk memuktamadkan mekanisme dan prosedur dengan salah sebuah platform elektronik untuk memulakan pengedaran botol-botol air zamzam di bandar Makkah dalam fasa pertama inisiatif tersebut dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain melalui fasa-fasa seterusnya," menurut Mohammed Al-Mowakali kepada Saudi Gazette.
NWC adalah pengendali utama Projek Air Zamzam Raja Abdullah di Makkah.
Sebelum ini, syarikat tersebut mengumumkan pemiawaian botol-botol air zamzam kepada jenis botol yang menampung lima liter dan bukan 10 liter.
Pakej baru itu adalah sebahagian daripada pelan transformasi projek berkenaan yang selaras dengan Visi 2030 Arab Saudi untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi botol-botol air zamzam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.