Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengendali pengangkutan awam S'pura akan terus sediakan tempat tinggal bagi pekerja M'sia

Syarikat-syarikat pengendali pengangkutan awam negara ini akan terus menyediakan tempat penginapan di hotel dan elaun harian untuk para pekerjanya rakyat Malaysia yang terjejas dengan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan di negara mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2020 06:40PM Dikemas Kini : 27 Mar 2020 10:27PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengendali pengangkutan awam negara ini akan terus menyediakan tempat penginapan di hotel dan elaun harian untuk para pekerjanya rakyat Malaysia yang terjejas dengan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan di negara mereka.

Perintah itu sepatutnya berakhir hujung bulan ini tetapi dilanjutkan sehingga 14 April depan bagi membendung penularan COVID-19.

Dalam satu catatan di laman Facebook, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Melvin Yong berkata pihaknya sudah bekerja rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat dan Pengendali Pengangkutan Awam untuk membantu para pekerja rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di sini bagi menyokong khidmat pengangkutan awam tempatan.

Bagi membantu menampung perbelanjaan mereka, kesatuan sekerja itu turut menyediakan set makanan khas berharga S$2 di kantin-kantinnya bagi para anggota kesatuan.

Bantuan itu juga akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan