Skip to main content

Pengedaran pelitup muka baru, lebih baik bermula hari ini

Hari ini (26 Mei) adalah permulaan pengedaran pelitup muka buat kali ketiga. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pengedaran pelitup muka baru, lebih baik bermula hari ini
Diterbitkan : 26 May 2020 08:21PM Dikemas Kini : 26 May 2020 08:32PM

SINGAPURA: Hari ini (26 Mei) adalah permulaan pengedaran pelitup muka buat kali ketiga.

Pengedaran pelitup muka itu dijalankan di semua Kelab Masyarakat serta Pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) di merata Singapura.

Mereka yang memilih untuk mengambil pelitup itu di kaunter perlu mematuhi langkah-langkah jarak selamat seperti pemeriksaan suhu badan.

Juga buat pertama kalinya, pelitup guna semula yang diperbaiki ditawarkan dalam saiz-saiz dewasa dan kanak-kanak serta dan boleh diambil daripada mesin layan diri yang ditempatkan di semua kelab masyarakat.

Mesin-mesin layan diri itu beroperasi selama 24 jam.

Mereka yang menggunakan mesin layan diri juga perlu mematuhi peraturan jarak selamat.  

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita