Pengawal selia Amerika tambah amaran keradangan jantung kepada vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna
Pengawal selia dadah Amerika Syarikat pada Jumaat (26 Jun) menambah satu lagi amaran kepada kajian-kajian tentang vaksin-vaksin COVID-19 Pfizer/BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan adanya risiko yang jarang berlaku iaitu keradangan jantung selepas penggunaannya.

Gambar fail: REUTERS
AMERIKA SYARIKAT: Pengawal selia dadah Amerika Syarikat pada Jumaat (26 Jun) menambah satu lagi amaran kepada kajian-kajian tentang vaksin-vaksin COVID-19 Pfizer/BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan adanya risiko yang jarang berlaku iaitu keradangan jantung selepas penggunaannya.
Bagi setiap vaksin, kertas fakta para penyedia khidmat jagaan kesihatan sudah disemak semula untuk menyertakan satu amaran tentang insiden-insiden yang menunjukkan risiko miokarditis dan perikarditis lebih tinggi, khususnya selepas menerima dos kedua dengan gejala awal dialami selepas beberapa hari menerima suntikan vaksin, menurut Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Setakat 11 Jun, lebih 1,200 kes miokarditis atau perikarditis dilaporkan kepada Sistem Melapor Insiden Buruk Vaksin Amerika Syarikat (VAERS) daripada sekitar 300 juta dos vaksin mRNA yang diberikan.
Kes-kes tersebut tampak lebih ketara berlaku dalam kaum lelaki dan dalam tempoh seminggu selepas menerima suntikan dos kedua vaksin. Pusat-Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengesan 309 kes individu bawah 30 tahun yang dibawa ke hospital disebabkan keradangan jantung di mana 295 daripada mereka sudahpun dibenarkan pulang.
Para pengawal selia kesihatan di beberapa negara juga sedang menyiasat kes-kes miokarditis dan perikarditis, yang lebih kerap ditemui dalam kalangan lelaki lebih muda selepas menerima suntikan Pfizer atau Moderna iaitu vaksin-vaksin yang menggunakan teknologi mRNA.
Kemas kini dari FDA itu menyusuli semakan semula yang menyeluruh ke atas maklumat dan hasil perbincangan Jawatankuasa Penasihat CDC tentang Amalan Pengimunan pada Rabu (23 Jun).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.