Skip to main content

Penduduk Canberra berkurung seminggu dek COVID-19

Ibu negara Australia, Canberra, akan melaksanakan perintah berkurung selama tujuh hari bermula Khamis (12 Ogos), selepas satu kes COVID-19 dikesan di bandar berkenaan, yang sebahagian besarnya dapat mengelakkan sekatan koronavirus. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Canberra berkurung seminggu dek COVID-19

Pejalan kaki memakai pelitup di pusat bandar sewaktu perintah berkurung di Sydney, Australia, pada 9 Ogos 2021. (Gambar: Loren Elliott/REUTERS)

Diterbitkan : 12 Aug 2021 02:57PM Dikemas Kini : 12 Aug 2021 02:58PM

CANBERRA: Ibu negara Australia, Canberra, akan melaksanakan perintah berkurung selama tujuh hari bermula Khamis (12 Ogos), selepas satu kes COVID-19 dikesan di bandar berkenaan, yang sebahagian besarnya dapat mengelakkan sekatan koronavirus.

Sekitar 400,000 penduduk yang menetap di hab politik negara itu akan diletakkan di bawah perintah duduk di rumah bermula jam 5.00 petang (waktu tempatan), sekali gus menyertai jutaan penduduk lain di tenggara Australia yang sebelum ini sudahpun dikenakan perintah yang sama.

"Ini adalah risiko kesihatan awam paling serius yang kita hadapi di wilayah ini tahun ini. Malah, sejak pandemik bermula," kata Ketua Menteri Wilayah Persekutuan Australia Andrew Barr.

Menurut beliau, individu yang positif COVID-19 itu bergaul dengan masyarakat sewaktu tempoh berjangkit.

Pihak berkuasa juga merayu kepada para penduduk supaya jangan membuat pembelian cemas sedang kedai-kedai mula diserbu para pembeli-belah yang tidak berpelitup sejurus selepas pengumuman itu dibuat.

Canberra tidak pernah dikenakan perintah berkurung sejak sekatan itu dilaksanakan di seluruh negara pada peringkat awal pandemik pada 2020.

Selepas berbulan-bulan mengejar strategi "sifar COVID", Australia bergelut untuk membendung beberapa penularan yang tercetus dek varian Delta yang amat mudah berjangkit.

Lebih 10 juta penduduk di bandar-bandar terbesar negara itu, Melbourne dan Sydney, kini di bawah perintah berkurung sedang pihak berkuasa berusaha untuk menurunkan jumlah kes.

Kebanyakan kawasan di barat wilayah New South Wales juga dikenakan perintah berkurung sejak lewat Rabu di tengah-tengah kebimbangan jumlah penduduk Asli yang cukup besar dikhuatiri lebih terdedah kepada koronavirus.

Setakat ini, Australia mencatatkan lebih 37,500 kes COVID-19 dan 946 kematian berkaitan koronavirus dalam penduduk seramai 25 juta orang.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita