Skip to main content

Penduduk 7 blok HDB di Redhill perlu jalani ujian wajib COVID-19

Para penduduk di tujuh blok HDB di Redhill mesti menjalani ujian COVID-19 di tengah-tengah kemungkinan berlakunya penularan koronavirus di kawasan tersebut dan serpihan koronavirus yang dikesan dalam sampel air sisa di beberapa blok.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk 7 blok HDB di Redhill perlu jalani ujian wajib COVID-19

Blok 89 Redhill Close. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 02:07PM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 02:09PM

SINGAPURA: Para penduduk di tujuh blok HDB di Redhill mesti menjalani ujian COVID-19 di tengah-tengah kemungkinan berlakunya penularan koronavirus di kawasan tersebut dan serpihan koronavirus yang dikesan dalam sampel air sisa di beberapa blok.

Penduduk di 81, 82 dan 83 Redhill Lane serta block 87, 88, 89 dan 90 Redhill Close akan diuji antara Isnin (21 Jun) hingga Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ujian itu tidak wajib bagi mereka yang diuji negatif COVID-19 dari 18 Jun.

Ujian secara sukarela juga akan dijalankan bagi pelawat ke blok-blok tersebut serta mereka yang berinteraksi dengan penduduk di sana antara 6 Jun hingga 20 Jun.

“Kami menggalak individu-individu berkenaan untuk tampil menjalani ujian," menurut MOH.

Kementerian itu mengatakan ia sedang menyiasat "kemungkinan berlakunya penularan COVID-19" di kawasan Redhill dan siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk menentukan sumber penularan.

Ujian wajib itu akan memecahkan sebarang penularan dalam masyarakat yang lebih luas dan tidak dapat dikesan.

Jika kes positif COVID-19 dikesan, MOH menyatakan ia akan mengasingkan individu itu, mengenal pasti semua kontak rapat, menguji dan meletakkan mereka di bawah kuarantin.

“Para penduduk juga dinasihatkan supaya memantau kesihatan mereka dengan teliti dan segera berjumpa doktor jika mereka tidak sihat. Mereka yang masih menunggu keputusan ujian mereka dinasihatkan supaya mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin," kata MOH. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita