Skip to main content

Iklan

Iklan

Pendekatan kreatif 'Atuk Kool' bagi pembelajaran cucu

Seorang pelukis tanahair yang bergelar datuk menerapkan seni lukis dalam mendidik cucu-cucu beliau.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pelukis tanahair yang bergelar datuk menerapkan seni lukis dalam mendidik cucu-cucu beliau.

Inilah antara pendekatan yang diambil oleh datuk nenek generasi kini ketika menjaga cucu.

Encik Abu Jalal Sarimon sering digelar Atuk kool oleh rakan-rakan kerana gayanya dan cara beliau berinteraksi dengan cucu-cucunya.

Sebagai seorang pelukis mapan setempat, aktiviti seni itu turut dimanfaatkan secara kreatif dalam mendidik dan bermain dengan cucu-cucnya.

Aktiviti melukis sambil bercerita itu antara yang amat digemari oleh cucu sulungnya, Omar Abdullah Mohd Syazwan, tiga tahun.

Encik Jalal yang mempunyai seorang lagi cucu yang berusia dua tahun mengambil pendekatan 'experiential learning' atau belajar melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan cucu-cucunya.

"Pembelajaran secara eksperimen itu penting kerana ia cuba mengatasi masalah – bukan saja dengan cara berfikir, tetapi juga menggunakan tangan untuk mengatasi setiap masalah atau mengeluarkan atau melahirkan setiap karya. Ia juga menjadikan seorang itu lebih berdikari," katanya.

Beliau turut memanfaatkan pengunaan IT dalam mendedahkan cucunya kepada pengunaan bahasa Melayu melalui cerita-cerita penglipur lara, syair dan pantun yang direka dan dikumpul dalam keadah e-buku.

"Profil dan gaya pendidikan datuk nenek sekarang berbeza dari masa lampau. Perbezaannya ada beberapa dimensi. kita dapati bahawa perhubungan antara datuk nenek sekarang ini dengan cucu mereka adalah lebih informal.

"Ruang generasi mereka lebih berkurangan kalau dibandingkan dengan generasi dahulu, kerana konteks persekitaran mereka agak sama," kata Pakar Gerontologi dan Pengarah Age Matters Normala Manap.

Encik Jalal dan isterinya tidak menjaga kedua orang cucucnya sepenuh masa.

Namun mereka banyak berinteraksi dan menghabiskan masa bersama, terutama dengan cucu sulung mereka yang tinggal berdekatan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan