Skip to main content

Iklan

Iklan

Pencalonan dibuka untuk senarai 'Singapore 100 Women in Tech'

Pencalonan kini dibuka untuk senarai 'Singapore 100 Women in Tech'. Demikian diumumkan pada Isnin (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencalonan dibuka untuk senarai 'Singapore 100 Women in Tech'

(Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 03:40PM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 03:42PM

SINGAPURA: Pencalonan kini dibuka untuk senarai 'Singapore 100 Women in Tech'. Demikian diumumkan pada Isnin (30 Mac).

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif 'SG Women in Tech', senarai itu bertujuan menampilkan kepelbagaian peranan dan "memaparkan wanita yang boleh dicontohi" dalam industri teknologi infokom tempatan.

Senarai itu bertujuan meraikan para wanita yang melakukan sumbangan besar kepada sektor teknologi di Singapura sepanjang tahun lalu dengan mempamerkan kisah mereka, sekali gus memberi inspirasi kepada anak-anak muda perempuan untuk menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Ia diumumkan oleh Pertubuhan Komputer Singapura dengan kerjasama Mediacorp dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Pencalonan akan dibuka dari Isnin sehingga 30 Apr, dan boleh dihantar online.

Para calon patut memiliki pencapaian dan sumbangan "yang memberi inspirasi, berpengaruh dan berkesan, dan patut mempamerkan ciri-ciri sebagai pemimpin, kepakaran teknologi dan pejuang masyarakat, menurut kenyataan itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan