Skip to main content

Iklan

Iklan

Pemilik restoran rakyat S'pura diuji positif COVID-19 di Thailand

Thailand melaporkan lagi enam kes baru COVID-19 pada Rabu (11 Mac), termasuk seorang lelaki rakyat Singapura yang memiliki sebuah restoran di daerah perniagaan Bangkok.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik restoran rakyat S'pura diuji positif COVID-19 di Thailand

(Gambar: Ohana Poke/Facebook)

Diterbitkan : 11 Mar 2020 05:43PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 05:46PM

BANGKOK: Thailand melaporkan lagi enam kes baru COVID-19 pada Rabu (11 Mac), termasuk seorang lelaki rakyat Singapura yang memiliki sebuah restoran di daerah perniagaan Bangkok.

Pesakit-pesakit baru itu sekali gus menjadikan jumlah kes COVID-19 di Thailand sebanyak 59 kes.

Lelaki rakyat Singapura berusia 36 tahun itu jatuh sakit pada Isnin dan pergi ke sebuah hospital swasta di Bangkok bagi menjalani pemeriksaan perubatan, di mana beliau diuji positif COVID-19 pada Rabu, menurut pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC ), di Kementerian Kesihatan Awam, Dr Sopon Iamsirithaworn.

"Saya tidak mengalami sebarang simptom sehingga awal pagi Ahad. Malah pada Ahad, saya hanya seram sejuk dan sakit badan tetapi tidak mengalami demam," menurut pesakit itu di laman Facebook restorannya pada Rabu.

"Tiada selesema, tiada batuk, tiada demam, tiada sakit kepala. Saya memeriksa diri saya sepanjang hari Ahad dengan dua termometer dan ia tidak menunjukkan demam."

Lelaki itu berkata beliau menghabiskan kebanyakan masanya di rumah pada Ahad dan pergi ke hospital pada pagi Isnin sebelum beliau mengalami demam. Restorannya Ohan Poke akan ditutup sehingga dimaklumkan sebaliknya dan kakitangannya sedang melaksanakan kurantin selama 14 hari, tambahnya.

Dr Sopon berkata bahawa pemilik restoran itu berhubung rapat dengan pelbagai warga, termasuk rakyat Singapura.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan