Skip to main content

Iklan

Iklan

Pemilik premis dengan kes positif COVID-19 boleh mohon bantuan pengecualian sebahagian kos pembersihan

Para pemilik atau pengurus premis dengan kes-kes positif COVID-19 boleh memohon untuk bantuan pengecualian sebahagian kos pembersihan dan pembasmian kuman sehingga 31 Disember tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik premis dengan kes positif COVID-19 boleh mohon bantuan pengecualian sebahagian kos pembersihan

Orang ramai memakai pelitup semasa penularan COVID-19 di Singapura. (Gambar: Edgar Su/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 07:13PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 07:16PM

SINGAPURA: Para pemilik atau pengurus premis dengan kes-kes positif COVID-19 boleh memohon untuk bantuan pengecualian sebahagian kos pembersihan dan pembasmian kuman sehingga 31 Disember tahun ini.

Inisiatif itu sebagai sebahagian skim bantuan Pemerintah di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Enterprise Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Agensi-agensi pemerintah akan membiayai bersama 50% kos pembersihan profesional pihak ketiga dengan had maksimum S$3,000.

Jumlah pembiayaan itu lebih tinggi, sebanyak S$20,000 bagi sektor berkaitan dengan pelancongan.

Bantuan itu dihulurkan antaranya kepada hotel-hotel berlesen serta pertubuhan daya tarikan dan terminal pelayaran.

Dana bagi Geran Penyelesaian Daya Penghasilan NEA juga ditingkatkan sehingga 80% daripada kos kelayakan dengan had maksimum, S$350,000 bagi setiap syarikat sehingga 31 Disember.

Selain itu, yuran pensijilan akan dikecualikan untuk lebih 32,000 premis sehingga tahun depan bagi menggalak lebih banyak premis untuk mencapai mutu SG Clean. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan