Skip to main content

Iklan

Iklan

Pemilik hospital dituduh keluarkan sijil palsu bebas COVID-19

Seorang pemilik hospital yang dituduh mengeluarkan beribu-ribu hasil ujian COVID-19 palsu kepada para pesakit di dua kliniknya diberkas pada Rabu (15 Jul) ketika cuba melarikan diri ke India dengan memakai burka, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik hospital dituduh keluarkan sijil palsu bebas COVID-19

Anggota Batalion Tindakan Pantas (RAB) mengiringi Shahed yang dituduh mengeluarkan sijil COVID-19 palsu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 11:20AM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 11:25AM

DHAKA: Seorang pemilik hospital yang dituduh mengeluarkan beribu-ribu hasil ujian COVID-19 palsu kepada para pesakit di dua kliniknya diberkas pada Rabu (15 Jul) ketika cuba melarikan diri ke India dengan memakai burka, menurut polis.

Dengan penangkapan itu, operasi memburu Mohammad Shahed yang dijalankan selama sembilan hari berakhir, dengan Mohammad Shahed dituduh mengeluarkan sijil palsu kepada para pesakit yang mendakwa mereka bebas COVID-19 tanpa menjalani sebarang ujian.

Shahed, 42, adalah antara lebih 12 individu yang ditahan pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu berhubung pelibatan mereka dalam penipuan tersebut.

Para pakar memberi amaran bahawa dokumen palsu itu semakin memburukkan lagi keadaan di negara yang didiami lebih 168 juta penduduk, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan sijil yang dikeluarkan oleh klinik-klinik tempatan.

Jurucakap Batalion Tindak Balas Pantas (RAB), Kolonel Ashique Billah berkata suspek ditahan di tebing sebatang sungai ketika cuba melarikan diri ke India. Dia memakai burka ketika itu.

"Hospital milik suspek menjalankan 10,500 ujian COVID-19, dengan hanya 4,200 adalah tulen manakala selebihnya dikeluarkan tanpa menjalani sebarang ujian," katanya.

Shahed turut dituduh mengenakan bayaran bagi sijil dan rawatan, walaupun dia bersetuju dengan pemerintah bahawa hospital-hospitalnya di Dhaka yang menawarkan jagaan percuma.

Seorang doktor yang terkenal dan suaminya turut diberkas oleh pihak polis dan dituduh mengeluarkan sijil palsu bagi ujian yang dijalankan di makmal mereka di Dhaka.

Minggu lalu, Itali menggantung semua penerbangan dari Bangladesh ke Rome bagi mencegah kes-kes jangkitan COVID-19 dari Bangladesh.

Sebilangan penumpang yang tiba dari Dhaka diuji positif COVID-19.

Penipuan itu dikhuatiri akan menjejas peluang pekerja dari Bangladesh untuk mendapatkan pekerjaan di negara lain, dengan ekonomi negara tersebut banyak bergantung kepada kiriman wang dari luar negara, menurut Shakirul Islam bagi kumpulan hak pekerja OKUP.

Sumber : AFP/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa