Skip to main content

Iklan

Iklan

Pemanah negara Nur Syahidah Alim mara ke pusingan kalah mati

Atlit sukan memanah negara, Nur Syahidah Alim, akan mara ke pusingan kalah mati selepas menduduki tangga ketujuh daripada 24 pesaing dalam pusingan ranking terbuka bagi acara "compound" perseorangan wanita di Sukan Paralimpik Tokyo pada Jumaat (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemanah negara Nur Syahidah Alim mara ke pusingan kalah mati

Gambar Hiasan: Pemanah paralimpik Singapura, Nur Syahidah Alim, bersaing dalam ranking terbuka acara "compound" individu wanita di Paralimpik Tokyo pada 27 Ogos 2021. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 27 Aug 2021 02:47PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 02:48PM

SINGAPURA: Atlit sukan memanah negara, Nur Syahidah Alim, akan mara ke pusingan kalah mati selepas menduduki tangga ketujuh daripada 24 pesaing dalam pusingan ranking terbuka bagi acara "compound" perseorangan wanita di Sukan Paralimpik Tokyo pada Jumaat (27 Ogos).

Johan dunia 2019 dan kini pemanah nombor dua dunia itu berjaya mengutip 682 mata di Padang Memanah Taman Yumenoshima.

"Kami berjaya memanah melawan angin dengan agak baik atas bimbingan jurulatih saya," ujar Syahidah sambil menambah bahawa tiupan angin "agak kencang".

Dengan kutipan mata itu, Syahidah akan mara ke pusingan kalah mati "compound" perseorangan wanita pada Isnin (30 Ogos).

“Saya berasa amat teruja dan saya berharap dapat melakukan yang terbaik sewaktu peringkat akhir kelak. Sebelum sampai ke hari ini, pelan latihan sangat rapi dan teliti. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengikut jadual latihan," ungkapnya.

“Pasukan, jurulatih dan saintis sukan di Institut Sukan Singapura - mereka semua telah menolong saya berada di mana saya berada sekarang," katanya lanjut.

Syahidah adalah rakyat Singapura yang pertama dinobat juara sukan memanah selepas meraih pingat emas di Kejohanan Para Memanah Dunia 2019.

Beliau juga adalah pemenang pingat emas di Kejohanan Para Memanah Asia 2019 dan menduduki tangga pertama di dunia pada 2019. Namun, baru-baru ini, gelaran itu menjadi milik juara bertahan Sukan Paralimpik Jessica Stretton. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan