Skip to main content

Iklan

Iklan

Pelumba basikal Steve Tee catat rekod peribadi terbaik dalam percubaan masa 1,000m

Atlit berbasikal Singapura Steve Tee dan rakan pertandingan Ang Kee Meng mencatatkan rekod peribadi terbaik dalam percubaan masa 1,000 meter lelaki B di Paralimpik Tokyo pada Sabtu (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelumba basikal Steve Tee catat rekod peribadi terbaik dalam percubaan masa 1,000m

(Gambar: Facebook/Sport Singapore)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 05:36PM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 05:37PM

SINGAPURA: Atlit berbasikal Singapura Steve Tee dan rakan pertandingan Ang Kee Meng mencatatkan rekod peribadi terbaik dalam percubaan masa 1,000 meter lelaki B di Paralimpik Tokyo pada Sabtu (28 Ogos).

Gandingan Tee dan Ang yang membuat penampilan sulung di temasya sukan itu menduduki tempat kelapan daripada 10 pasangan pesaing di Izu Velodrome di Jepun.

Pasangan itu mencatatkan masa 1:10.886, sekaligus mengatasi rekod peribadi 1:14.121 yang dicatatkan sejak 2019.

Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu, Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) mengucapkan tahniah kepada pasangan atlit itu, sambil menambah bahawa "mencatatkan dua rekod peribadi terbaik dalam dua acara berbeza di sukan Paralimpik yang sama bukanlah sesuatu yang mudah".

Selepas percubaan masa itu, Tee berkata beliau "gembira dapat memecahkan satu lagi rekod peribadi, sambil menambah bahawa kerja keras dan latihan yang mereka jalani telah membuahkan hasil.

"Saya ingin katakan ini adalah misi mustahil yang menjadi kenyataan," katanya.

Tempat pertama dan kedua masing-masing diduduki pasukan Britain Neil Fachie dan Matthew Rotherham serta James Ball dan Lewis Stewart.

Pasangan atlit dari Perancis, Raphael Beaugillet dan Francois Pervis pula menduduki tempat ketiga.

Tee dan Ang akan bersaing dalam percubaan masa lelaki B acara jalan raya pada Selasa (31 Ogos).

Ang berkata bahawa "cuaca yang panas dan lembap" merupakan salah satu cabaran untuk mengayuh basikal di jalan raya.

"Laluannya sukar bagi kami kerana litarnya berbukit," kata Tee.

"Kami berharap dapat belajar dan menikmati proses ini dan tentu sekali, kami akan melakukan yang terbaik."

Sebagai rangkaian Paralimpik Singapura, Mediacorp akan membawa liputan meluas Team Singapore di Paralimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan