Skip to main content

Iklan

Iklan

Pelbagai paparan kreatif demi sama-sama raikan Hari Kebangsaan Singapura ke-56

Sempena menyambut Hari Kebangsaan hari ini (9 Ogos), pelbagai cara kreatif digunakan orang ramai untuk secara simbolik meraikan ulang tahun negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai paparan kreatif demi sama-sama raikan Hari Kebangsaan Singapura ke-56

(Gambar: @jcsamyn, @jeremylong, @goh_ngaileng)

SINGAPURA: Sempena menyambut Hari Kebangsaan hari ini (9 Ogos), pelbagai cara kreatif digunakan orang ramai untuk secara simbolik meraikan ulang tahun negara.

BERITAmediacorp mengintai ke wadah-wadah media sosial dan ini antara paparan-paparan menarik yang kami temui.

(Gambar: Instagram/@goh_ngaileng)

(Gambar: Instagram/@goh_ngaileng)

Pengguna Instagram bernama @goh_ngaileng menghasilkan agar-agar ros merah lengkap dengan bintang dan bulan sabit.

Lebih menarik lagi, beliau turut menyertakan bahan-bahan serta cara untuk menghasilkannya, jadi orang ramai juga dapat menikmatinya.

Cukup menawan dan unik.

(Gambar: Instagram/@mightykitchen9)

(Gambar: Instagram/@mightykitchen9)

Pengguna media sosial dengan nama @mightykitchen9 pula dengan kreatif menghasilkan roti dengan ikon Singapura iaitu wajah singa.

Namun oleh kerana ia tersangat comel, anda mungkin tidak sampai hati untuk memakannya.

(Gambar: Instagram/@semiseriousck)

(Instagram/@semiseriousck)

Lazimnya pasukan tentera Singapura memang memaparkan senjata-senjatanya seperti meriam menerusi perarakan bergerak sempena Hari Kebangsaan.

Di sinilah senjata seperti meriam itu digantikan dengan alat suntik gergasi oleh pengguna media sosial dengan nama @semiseriousck, menerusi satu lukisan.

Lukisan @semiseriousck itu menekankan betapa pertahanan terbaik negara sekarang ini dalam menentang COVID-19 adalah menerusi vaksinasi, bukan senjata lain demi memastikan negara selamat.

(Gambar: Instagram/@jcsamyn)

Umum tahu bahawa dalam saat-saat mencabar ini, satu lagi senjata paling ampuh ialah pelitup.

Itulah mesej yang dipaparkan menerusi sekeping gambar yang dikongsikan @jcsamyn ini di mana seorang warga emas menggunakannya.

Ia lebih bermakna kerana pelitup tersebut lengkap dengan bendera Singapura.

(Gambar: Jeremy Long)

(Gambar: Jeremy Long)

Dalam pada itu siapa kata bahawa hanya manusia sahaja yang bangga menjadi rakyat Singapura?

Ayam peliharaan bernama Michigawa ini dengan megah dipakaikan lencana bendera Singapura di Taman East Coast.

Kami yakin, dengan faktor 'cute' itu kehadirannya pastinya menarik banyak perhatian orang ramai di sana.

(Gambar: Facebook/Patrick Ng)

(Gambar: Patrick Ng)

Satu lagi gambar yang tidak kurang menarik ialah paparan seekor memerang juga seolah-olah menyambut Hari Kebangsaan Singapura dengan benderanya sendiri.

Kakinya juga seolah-olej mengusap-usap bendera merah putih bersabit berbintang itu.

Gambar yang dimuat naik oleh Encik Patrick Ng pastinya mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya untuk tersenyum. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan