Pelanggan tidak pakai pelitup di cawangan bank tidak dibenarkan masuk
Para pelanggan yang tidak memakai pelitup muka apabila mengunjungi cawangan-cawangan bank tidak akan dibenarkan masuk
SINGAPURA: Para pelanggan yang tidak memakai pelitup muka apabila mengunjungi cawangan-cawangan bank tidak akan dibenarkan masuk. Ini adalah sebahagian daripada langkah tambahan yang diambil pihak bank untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
"Dengan serta merta, semua pelanggan yang mengunjungi cawangan bank mesti memakai pelitup muka bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan diri dan para pelanggan lain serta kakitangan yang bekerja di premis-premis itu," menurut Persatuan Bank-Bank di Singapura (ABS) pada Selasa (14 Apr).
"Mereka yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan masuk.
"Para pelanggan juga dinasihati memakai pelitup muka apabila beratur menggunakan mesin ATM."
ABS juga menggesa para pelanggan untuk menggunakan saluran online, muda alih dan digital bank untuk mengakses khidmat perbankan semasa tempoh "pemutus rantaian" ini.
"Kecuali atas sebab amat penting, para pelanggan patut menghindari daripada mengunjungi cawangan ini," menurut ABS.
Bank-bank di Singapura sudah melaksankan sistem pengawalan orang ramai di cawangan mereka bagi memastikan jarak selamat antara para pelanggan dengan kakitangan, dan mempertingkatkan kerja pembersihan dan pembasmian kuman di cawangan-cawangan serta mesin ATM.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.