Skip to main content

Iklan

Iklan

Pekerjaan, kesan terhadap rizab negara dibincang pada hari kedua perbahasan Belanjawan Kecekalan

Pada hari kedua perbahasan berkenaan Belanjawan Kecekalan pada Jumaat (5 Jun), beberapa Anggota Parlimen membangkitkan isu mengenai bagaimana pekerjaan akan dilindungi daripada kesan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerjaan, kesan terhadap rizab negara dibincang pada hari kedua perbahasan Belanjawan Kecekalan

(Gambar: Hani Amin)

Diterbitkan : 06 Jun 2020 01:15AM Dikemas Kini : 06 Jun 2020 01:24AM

SINGAPURA: Pada hari kedua perbahasan berkenaan Belanjawan Kecekalan pada Jumaat (5 Jun), beberapa Anggota Parlimen membangkitkan isu mengenai bagaimana pekerjaan akan dilindungi daripada kesan pandemik COVID-19.

Menyentuh tentang keprihatinan yang dihadapi para pemohon kerja golongan pertengahan kerjaya, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Lim Sun Sun berkata para pekerja mapan bimbang tentang "gangguan digital yang drastik, kemahiran yang sudah lapuk dan isu lanjut usia yang tidak berpihak kepada mereka".

Syarikat-syarikat yang menyertai Program Pelatih Pertengahan Kerjaya SGUnited - yang bermatlamat untuk menawarkan 4,000 tempat latihan bagi rakyat tempatan pertengahan kerjaya yang menganggur - sepatutnya disokong dengan "garis panduan" mengenai cara terbaik untuk menggabungkan dan menajamkan lagi kemahiran pelatih, menurut profesor dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) itu.

Beliau menambah bahawa "peluang latihan silang" sepatutnya disediakan di beberapa syarikat yang berkaitan dengan industri-industri.

AP GRC Ang Mo Kio Darryl David pula bertanya tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan laluan kerjaya kekal bermanfaat pada masa akan datang terutama bagi mereka yang bertugas dalam bidang-bidang yang diwujudkan ekoran pandemik COVID-19 - seperti duta jarak selamat dan mereka yang menjalankan ujian swab - demi memastikan mereka tidak hilang pekerjaan apabila jawatan sedemikian tidak lagi diperlukan.

KESAN GUNAKAN RIZAB

Sebilangan AP turut menyentuh tentang kesan menggunakan rizab Singapura bagi menampung empat Belanjawan yang diumumkan tahun ini - di mana sehingga S$52 bilion dikeluarkan daripada rizab negara.

AP GRC West Coast Foo Mee Har dan NMP Mohamed Irshad bertanya mengenai tanggungjawab untuk memulangkan jumlah yang dikeluarkan daripada rizab negara.

"Untuk berbuat demikian adalah tugas yang sangat besar, memandangkan jumlah tersebut lebih 10 kali ganda berbanding jumlah yang dikeluarkan sebelum ini untuk menangani krisis kewangan global. Bagaimanakah ia akan mempengaruhi dasar cukai kita pada tahun-tahun mendatang, sedang kita berusaha untuk memulihkan kedudukan kewangan awam dengan cara yang adil dan saksama?" kata Cik Foo sambil bertanya sama ada ini akan memerlukan Singapura untuk melaksanakan cukai pendapatan yang lebih progresif dan cukai harta yang lebih besar.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan