Skip to main content

Pekerja asing yang pulih COVID-19 harus biasakan diri dengan langkah pencegahan baru

 Para pekerja asing yang pulih daripada COVID-19 dan kembali ke dormitori masing-masing di seluruh negara, harus membiasakan diri dengan langkah-langkah pencegahan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja asing yang pulih COVID-19 harus biasakan diri dengan langkah pencegahan baru

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 13 Jun 2020 09:35PM Dikemas Kini : 13 Jun 2020 09:38PM

SINGAPURA: Para pekerja asing yang pulih daripada COVID-19 dan kembali ke dormitori masing-masing di seluruh negara, harus membiasakan diri dengan langkah-langkah pencegahan baru.

Antaranya - mereka dikehendaki tinggal berasingan dari para penghuni lainnya dan memantau kesihatan mereka setiap hari.

Lawatan Mediacorp ke Dormitori Westlite Toh Guan Dormitory mendapati para pekerja yang pulih sudah kembali ke dormitori-dormitori mereka sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Walaupun keadaan sekeliling pada keseluruhannya agak sama, mereka perlu membiasakan diri dengan rakan sebilik yang baru dan rutin seharian.

Blok yang menempatkan pekerja sudah pulih, dipisahkan dari pekarangan utama dormitori. Mereka dilarang bergaul dengan penghuni dari kawasan dormitori lain.

Pekerja di "blok hijau" itu memakai gelang hijau yang membolehkan mereka bergaul dengan penghuni di blok sama. Bagaimanapun mereka perlu memantau kesihatan setiap hari.

Selain itu mereka perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi seperti TraceTogether serta SG Work Pass yang membenarkan mereka memeriksa jika mereka boleh keluar untuk bekerja.

Mediacorp dimaklumkan, hampir 200 pekerja yang sudah pulih telah kembali ke dormitori Westlite Toh Guan ini tetapi kebanyakannya belum dibenarkan menyambung kerja.

"Saya gembira dapat pulang ke asrama. Saya kini tinggal bersama sembilan orang lagi dan saya berasa tenang di sini. Saya sudah bersedia kembali ke kerja. Sebaik sahaja mereka meminta saya bekerja, saya akan berbuat demikian," kata Encik Thangaraj Ranjith, penghuni di Weslite Toh Guan Dormitory.

Dormitori itu merancang untuk menyediakan satu lagi blok khas untuk pekerja yang sudah pulih menjelang hujung bulan ini. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita