Skip to main content

Iklan

Iklan

Pekerja asing di kedai kopi Tampines beri juadah buka puasa kepada penghantar makanan

 Tempoh 'circuit breaker' atau pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasakan sekarang juga merupakan tempoh yang sangat sibuk bagi para penghantar makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja asing di kedai kopi Tampines beri juadah buka puasa kepada penghantar makanan

(Gambar: RayMe D. Nash/Facebook)

SINGAPURA: Tempoh 'circuit breaker' atau pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasakan sekarang juga merupakan tempoh yang sangat sibuk bagi para penghantar makanan.

Dan sempena bulan Ramadan ini, tempahan bagi khidmat penghantaran makanan ke rumah turut meningkat dengan ketara.

Di tengah-tengah kesibukan dengan tempahan bertali arus semasa tempoh 'circuit breaker' ini, seorang pekerja penghantar makanan sempat mengucapkan terima kasih kepada seorang kakitangan kedai kopi di Tampines.

Semasa memuat naik catatannya, penghantar makanan yang menggunakan nama RayMe D. Nash di laman Facebooknya berkata beliau bukan setakat mengambil tempahan makanan untuk pelanggannya.

Petikan gambar daripada catatan Facebook RayMe.

Malah, beliau juga menerima juadah untuk berbuka puasa daripada seorang pekerja asing yang bekerja di kedai kopi tersebut.

RayMe percaya lelaki yang mengendalikan gerai berkenaan adalah seorang pekerja asing dan dialah yang membungkuskan makanan untuk beliau berbuka puasa.

Menurut catatannya lagi, RayMe pada mulanya agak keberatan untuk menerima juadah berbuka puasa itu.

Pekerja tersebut bagaimanapun terus menggesanya supaya mengambil makanan itu.

"Orang ramai terpegun melihat saya tetapi saya menerima makanan itu dengan tangan terbuka."

MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN

Meskipun menghargai dan berterima kasih atas jasa baik itu, RayMe turut mengingatkan orang ramai supaya jangan buruk sangka terhadap para pekerja asing:

"Anda tidak tahu sekiranya pada suatu hari nanti, tangan yang menghulurkan bantuan kepada anda adalah orang yang pernah anda pandang hina."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan