Skip to main content

Iklan

Iklan

PBB prihatin vaksin COVID-19 tidak digunakan, boleh bantu agihkan jika diminta

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) prihatin tentang situasi-situasi di mana vaksin-vaksin COVID-19 tidak digunakan.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB prihatin vaksin COVID-19 tidak digunakan, boleh bantu agihkan jika diminta

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 06 Aug 2021 12:36PM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 12:41PM

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) prihatin tentang situasi-situasi di mana vaksin-vaksin COVID-19 tidak digunakan.

Demikian menurut seorang jurucakap PBB pada Khamis (5 Ogos), sambil menekankan bahawa ia hanya boleh membantu mengagihkan vaksin-vaksin itu atas permohonan para pemerintah negara.

Program pengongsian vaksin COVAX sejauh ini sudah menghantar 186.2 juta dos kepada 138 negara, menurut data daripada agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

COVAX bertujuan memperolehi dua bilion dos untuk negara-negara berpendatan rendah dan sederhana menjelang hujung tahun 2021.

"Kami amat prihatin tentang situasi-situasi di mana kami lihat vaksin-vaksin tidak digunakan sama ada atas alasan pentadbiran, kurang pengendalian atau terus-terang disebabkan keraguan terhadap vaksin," luah jurucakap PBB Stephanie Dujarric.

Tambahnya, PBB bersedia membantu negara-negara dalam pengagihan vaksin - seperti pengangkutan, pengedaran rantaian sejuk, menangani keraguan terhadap vaksin - tetapi "ia hanya boleh dilakukan atas permohonan pemerintah".

"Mereka adalah pemerintah negara-negara berdaulat yang mempunyai tanggungjawab, moral atau sebaliknya, untuk memastikan penduduk mereka divaksinasi sebaik mereka menerima vaksin," kata Encik Dujarric.

"Kami bersedia membantu sebaik sahaja menerima permohonan melakukan sedemikian daripada pihak pemerintah negara-negara."

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan