Skip to main content

Iklan

Iklan

PBB alu-alukan ikrar kumpulan G7 derma satu bilion dos vaksin COVID-19

Pada masa yang sama, PBB menekankan usaha menamatkan pandemik COVID-19 memerlukan lebih daripada setakat ikrar bantuan vaksin sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB alu-alukan ikrar kumpulan G7 derma satu bilion dos vaksin COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 05:35PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 05:37PM

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan ikrar yang dibuat oleh kumpulan G7 untuk mendermakan satu bilion dos vaksin COVID-19 kepada negara-negara membangun.

Pada masa yang sama, PBB menekankan usaha menamatkan pandemik COVID-19 memerlukan lebih daripada setakat ikrar bantuan vaksin sahaja.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata kelajuan pemberian vaksin juga penting demi menghentikan penularan virus tersebut.

Beliau menarik perhatian, lebih banyak mutasi virus COVID-19 yang kebal terhadap vaksin sedia ada mungkin timbul kelak.

Oleh itu, Encik Guterres menggesa agar pelan vaksinasi yang menyeluruh dihasilkan dengan segera bagi membolehkan para penduduk negara-negara membangun divaksinasi dengan secepat mungkin.

Sejauh ini, sejumlah 2.2 bilion penduduk di merata dunia sudah disuntik vaksin COVID-19.

Majoriti yang sudah disuntik vaksin itu adalah dari negara-negara maju.

Dianggarkan lagi sekitar 11 bilion dos vaksin diperlukan bagi menamatkan pandemik ini. 

Sumber : CNA/AI/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan