Skip to main content

Iklan

Iklan

Patuhi PKPB, tingkatkan disiplin sosial cegah COVID-19, kata Dr Noor Hisham

Kepatuhan orang ramai serta disiplin sosial amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam masyarakat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Patuhi PKPB, tingkatkan disiplin sosial cegah COVID-19, kata Dr Noor Hisham

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 May 2020 12:16PM Dikemas Kini : 05 May 2020 12:18PM

KUALA LUMPUR: Kepatuhan orang ramai serta disiplin sosial amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam masyarakat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus mengamalkan serta membudayakan kelaziman baru dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu.

"Kita perlu mengamalkan dan membudayakan kelaziman baru dalam kehidupan seharian kita seperti penjarakan sosial, mengelak (mengadakan dan menyertai) perhimpunan, pastikan sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun serta sangat digalakkan memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam.

"Ini adalah tanggungjawab sosial dan kita perlu menjaga diri sendiri, keluarga serta komuniti. Sila duduk rumah jika tiada urusan penting di luar," katanya dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan.

Dr Noor Hisham turut mengajak seluruh rakyat agar mematuhi pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu kelonggaran diberikan untuk membuka semula hampir semua sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal.

Katanya lagi, peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan