Pasangan dari China didakwa kerana menghalang tugas mengekang COVID-19
Pasangan dari China yang melanggar peraturan pengesanan bagi mengekang penularan COVID-18 didakwa di mahkamah pada Jumaat (28 Feb) di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
SINGAPURA: Pasangan dari China yang melanggar peraturan pengesanan bagi mengekang penularan COVID-18 didakwa di mahkamah pada Jumaat (28 Feb) di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
Hu Jun, 38 tahun dari Wuhan, China dan isterinya Shi Sha sebelum ini turut memberi maklumat palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH) tentang pergerakan dan keberadaan mereka antara 22 hingga 29 Januari lalu.
Lelaki itu yang tiba di Singapura pada 22 Januari lalu dan disahkan dijangkiti virus COVID-19 pada 31 Januari.
Dida didakwa kerana menghalang pelaksanaan langkah pengesanan.
Isterinya berusia 36 tahun, warga asal China yang tinggal di Singapura dikenakan tiga dakwaan kerana menghalang tugas pegawai kesihatan serta satu lagi dakwaan gagal mematuhi perintah pengasingan.
Jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh didenda sehingga S$10,000 setiap seorang, dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kes mereka akan didengarkan lagi di mahkamah pada 20 Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.