Skip to main content

Iklan

Iklan

Parlimen bincang sokongan sektor seni, isu perumahan angkara COVID-19 Selasa depan

Bantuan bagi sektor seni dan isu perumahan di tengah-tengah pandemik COVID-19 akan menjadi agenda Parlimen apabila dewan bersidang pada Selasa depan (26 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen bincang sokongan sektor seni, isu perumahan angkara COVID-19 Selasa depan

(Gambar: Hani Amin)

Diterbitkan : 22 May 2020 06:55PM Dikemas Kini : 22 May 2020 07:00PM

SINGAPURA: Bantuan bagi sektor seni dan isu perumahan di tengah-tengah pandemik COVID-19 akan menjadi agenda Parlimen apabila dewan bersidang pada Selasa depan (26 Mei).

Pemerintah juga akan memberikan perkembangan terkini mengenai usaha Singapura melawan COVID-19, dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat dijadual menyampaikan kenyataan menteri berhubung sokongan lanjut bagi syarikat-syarikat perusahaan dan rakyat Singapura.

Para Anggota Parlimen (AP) mengajukan soalan-soalan mengenai bermacam-macam isu yang berkaitan dengan penularan virus korona itu.

AP Dilantik Terence Ho akan bertanya sama ada Majlis Seni Kebangsaan (NAC) akan menghulurkan sokongan kepada para artis dan kumpulan seni sehingga hujung tahun ini setelah mengambil kira tempoh "circuit breaker" yang dikuatkuasakan.

Semua kawasan hiburan, termasuk pawagam dan teater, sudah ditutup sejak 26 Mac.

Encik Ho juga akan menanyakan sama ada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan menyalurkan dana terus kepada syarikat-syarikat seni di samping meluluskan permohonan geran bagi projek-projek demi membantu mereka mengharungi penularan COVID-19.

Turut dibincangkan di Parlimen kelak adalah keadaan perumahan yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang terjejas oleh pandemik itu.

AP Henry Kwek pula akan bertanya sama ada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan memastikan terdapat jumlah flat yang mencukupi di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan bagi keluarga muda yang berdepan dengan "lebih banyak ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh COVID-19".

AP Sylvia Lim akan bertanya sama ada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan membenarkan penyewaan premis kediaman yang lebih singkat daripada tiga bulan bagi hartanah privet dan enam bulan untuk flat bagi menyediakan penginapan untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kerja-kerja binaan yang tertangguh disebabkan oleh langkah pemutus jangkitan.

Encik Heng akan menyampaikan kenyataan menteri pada pukul 3.30 petang dan kenyataan tersebut juga akan diterbitkan di laman Belanjawan Singapura setelah ia disampaikan. Ia juga akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan