Pakistan khuatir penularan COVID-19 lebih meluas semasa Aidiladha
Pakistan menjangkakan penularan wabak COVID-19 mungkin akan lebih meluas semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Penerangan Shibli Faraz, lapor agensi berita Xinhua.
ISLAMABAD: Pakistan menjangkakan penularan wabak COVID-19 mungkin akan lebih meluas semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Penerangan Shibli Faraz, lapor agensi berita Xinhua.
Justeru, kata beliau, orang ramai perlu mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan pemerintah dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Shibli berkata Perdana Menteri Imran Khan, yang mempengerusikan mesyuarat kabinet, juga memutuskan untuk menyambut perayaan itu di rumahnya dan mahu rakyat mengambil pendekatan sama.
Sebelum ini, pemerintah membenarkan pasar menjual hasil ternakan untuk dibuka tetapi di bawah SOP yang ketat bagi mengelakkan kawasan itu menjadi tempat penularan wabak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.