Skip to main content

Iklan

Iklan

Pak Nil ke Hollywood lagi

Datuk Aznil Haji Nawawi dipelawa HBO Asia untuk membuat liputan segmen permaidani merah Anugerah Academy ke-87.

Anggaran Waktu Membaca:
Pak Nil ke Hollywood lagi

Aznil Hj Nawawi. (Gambar: Facebook Aznil Hj Nawawi)

Diterbitkan : 24 Dec 2015 09:04AM Dikemas Kini : 24 Dec 2015 12:52PM

KUALA LUMPUR: Datuk Aznil Haji Nawawi dipelawa HBO Asia untuk membuat liputan segmen permaidani merah Anugerah Academy ke-87.

Pengumuman itu dibuat Aznil secara langsung dalam program H! Live yang dikendalikan Dahlia Shazwan, malam tadi.

Aznil dijangka berangkat ke Hollywood pada 6 Januari tahun depan bersama seorang jurukamera Astro.

"Alhamdulillah atas kesempatan kali kedua ini. Ketika pergi kali pertama dulu, saya memang gementar sebab sedar penguasaan Bahasa Inggeris saya tak sehebat orang lain," cerita Aznil kepada Berita Harian Malaysia 

"Tapi selepas ke sana, saya lihat dan rasa Bahasa Inggeris saya taklah teruk sangat kalau mahu dibandingkan dengan wakil media negara lain," katanya.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, awal tahun ini, pengacara popular, Aznil pernah diundang NBC Universal menjadi wakil tunggal media Malaysia menghadiri Sidang Media Anatarabangsa di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) anjuran stesen penyiaran berpengaruh itu.

Ketika itu, Aznil atau mesra disapa Pak Nil berpeluang menemuramah personaliti Saluran E! seperti Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan Giuliana Rancic.

Menyambut tahun 2016, sudah rezeki Aznil apabila dia sekali lagi diundang menghadiri acara sama.

Aznil mengakui hingga hari ini masih teringat kenangan indah menemubual Kardashians, Seacrest dan Rancic.

"Untuk pemergian kali kedua ini, saya tak nafikan perasaan berdebar itu tetap ada. Pastinya saya akan menemubual selebriti yang mengacarakan program atau terbabit dalam saluran E!," katanya.

Aznil memberitahu kepada Berita Harian Malaysia, dia berdoa kesihatannya baik ketika bertugas di sana.

"Saya perlu buat penyelidikan sebelum berangkat ke Hollywood. Ketika di sana, saya tak mahu membuang masa bertanya perkembangan terkini personaliti dan artis yang ditemubual."

"Sebaliknya, kita perlu bersedia dengan soalan yang lebih bagus," katanya teruja.

Sumber : Agensi berita/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa