Skip to main content

Iklan

Iklan

Ong Ye Kung namakan semula aturan perjalanan khas kepada koridor perjalanan

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pemerintah tidak akan memanggilnya aturan perjalanan khas lagi, sebaliknya, koridor perjalanan udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Ong Ye Kung namakan semula aturan perjalanan khas kepada koridor perjalanan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 02 Jul 2021 09:57PM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 09:59PM

SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pemerintah tidak akan memanggilnya aturan perjalanan khas lagi, sebaliknya, koridor perjalanan udara.

“Kami akan memanggilnya koridor perjalanan udara mulai sekarang ini. Perkataan gelembung atau 'bubble' (merujuk kepada perjalanan khas) agak membawa malang, saya rasa," kata beliau pada Khamis (1 Jul) dalam satu wawancara bersama The Straits Times.

Menteri itu sempat berseloroh ketika bercakap tentang kemungkinan sekatan perjalanan dilonggarkan menjelang hujung tahun ini.

Pemerintah sedang meninjau-ninjau apakah mungkin rakyat Singapura boleh melakukan perjalanan ke negara-negara tertentu tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) apabila mereka pulang ke tanah air di bawah aturan "koridor perjalanan udara".

Beberapa destinasi yang dipertimbangkan adalah Amerika Syarikat, bahagian-bahagian Kesatuan Eropah dan Hong Kong.

Aturan perjalanan khas Singapura-Hong Kong pernah dibatalkan, bukan sekali tetapi dua kali. Kes-kes positif COVID-19 di Hong Kong meningkat selepas pengumuman aturan khas bagi perjalanan udara pada November lalu, dengan Singapura menyaksikan lonjakan pada jumlah kes menyusuli pengumuman kedua pada Mei lalu.

Apabila ditanya tentang koridor perjalanan udara Singapura-Hong Kong, Encik Ong memberitahu The Straits Times bahawa kedua-dua bandar "sedikit sebanyak dalam keadaan baik sekarang dan kami sedang memberi vaksinasi kepada rakyat kami.

Beliau juga mendedahkan bahawa dalam menentukan negara-negara di mana rakyat Singapura dibenarkan untuk melakukan perjalanan, kadar jangkitan secara keseluruhannya, kadar vaksinasi, langkah-langkah kawalan, ujian dan intervensi bukan farmaseutikal lain di sesebuah negara adalah antara faktor yang dipertimbangkan.

Dalam wawancara yang sama, Encik Ong turut mendedahkan bahawa kumpulan lebih besar mungkin dibenarkan makan bersama di Singapura tidak lama lagi.

"Menjelang 12 Julai, kami sedang meninjau untuk membuka semula bagi membenarkan lebih ramai orang duduk makan bersama dan sama ada terdapat pembukaan lain yang boleh kami pertimbangkan," ujarnya 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan