Skip to main content

Iklan

Iklan

Omicron tidak lebih teruk varian COVID-19 lain: Saintis WHO, AS

Varian COVID-19 Omicron nampaknya tidak akan menyebabkan penyakit COVID-19 lebih serius berbanding varian sebelum ini, kata saintis terkemuka dari WHO dan Amerika Syarika (AS), sambil memberi amaran bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan kemudaratannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Omicron tidak lebih teruk varian COVID-19 lain: Saintis WHO, AS

(Gambar fail: Pedro PARDO/AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 06:21PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 06:23PM

GENEVA: Varian COVID-19 Omicron nampaknya tidak akan menyebabkan penyakit COVID-19 lebih serius berbanding varian sebelum ini, kata saintis terkemuka dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Amerika Syarika (AS), sambil memberi amaran bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan kemudaratannya.

Penilaian yang diharapkan itu dibuat sedang keprihatinan sejagat semakin meningkat berhubung varian tersebut yang amat pantas berubah. Kemunculannya memaksa puluhan negara untuk menguatkuasakan semula sekatan sempadan dan meningkatkan kemungkinan berlaku perintah berkurung yang akan membawa kesan teruk kepada ekonomi.

Meskipun ia berkemungkinan lebih berjangkit berbanding varian-varian sebelumnya, Omicron juga "berkemungkinan tinggi" dapat mengelak sepenuhnya daripada perlindungan vaksin, kata Penolong Ketua WHO pada Selasa (7 Dis).

"Data awal tidak menunjukkan ia lebih teruk. Bahkan, ia menjurus ke arah kurang serius," kata Pengarah Program Kecemasan WHO Michael Ryan dalam satu temu bual sambil menekankan bahawa lebih banyak kajian perlu dijalankan.

Encik Ryan juga berkata tiada petanda bahawa Omicron boleh mengelak sepenuhnya daripada perlindungan yang diberikan vaksin COVID-10 sedia ada.

"Kita mempunyai vaksin yang amat berkesan yang terbukti berkesan terhadap semua jenis varian sejauh ini, sama ada dari segi kemudaratan penyakit dan kemasukan hospital... Tiada sebab untuk menjangkakan bahawa ia tidak akan bertindak seumpama itu" bagi Omicron, tambah beliau, merujuk kepada data awal dari Afrika Selatan di mana varian baru itu pertama kali dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada kemungkinan vaksin sedia ada mungkin kurang berkesan terhadap Omicron, yang memiliki lebih 30 mutasi pada protin pepaku pada permukaan koronavirus dan membolehkannya menyerang sel.

Kes pertama Omicron dikesan bulan lalu tatkala jumlah jangkitan COVID-19 melonjak di merata dunia. Varian itu menambah keprihatinan tentang kemunculan semula COVID-19 di seluruh dunia.

COVID-19 sudah meragut nyawa lebih 5.2 juta warga sedunia sejak ia pertama kali diisytiharkan pada lewat 2019, dengan para saintis dan pakar kesihatan mengatakan vaksinasi serta amalan jarak sosial yang berterusan merupakan kunci untuk melawan penyakit itu.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan