Skip to main content

Iklan

Iklan

Oksigen, ventilator dari S'pura dihantar bantu krisis COVID-19 India

Firma pelaburan Singapura Temasek menyatakan pada Ahad (25 Apr) bahawa peralatan perubatan, termasuk bekalan berkaitan oksigen yang amat diperlukan, sedang dihantar dari Singapura ketika India menghadapi lonjakan kes COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Oksigen, ventilator dari S'pura dihantar bantu krisis COVID-19 India

Empat balang oksigen kriogenik, didermakan oleh Tata Group. (Gambar: Temasek/Facebook)

Diterbitkan : 26 Apr 2021 10:13AM Dikemas Kini : 26 Apr 2021 10:23AM

SINGAPURA: Firma pelaburan Singapura Temasek menyatakan pada Ahad (25 Apr) bahawa peralatan perubatan, termasuk bekalan berkaitan oksigen yang amat diperlukan, sedang dihantar dari Singapura ketika India menghadapi lonjakan kes COVID-19.

Empat balang oksigen kriogenik, didermakan oleh Tata Group, tiba di Bengal Barat pada Sabtu malam, menurut Temasek dalam satu catatan Facebook.

Tangki-tangki oksigen itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Changi oleh pesawat Indian Air Force C-17 dan tiba di pangkalan udara Panagarth di Bengal Barat.

Lebih banyak bekalan perubatan, termasuk pemekat oksigen dan mesin bantuan pernafasan, akan dihantar untuk membantu "masyarakat tempatan dengan keperluan mendesak", menurut Temasek.

"Kumpulan pertama bekalan perubatan akan tiba di Mumbai pada malam (Ahad) ini ... ia akan dihantar ke pelbagai hospital dan pusat-pusat rawatan COVID-19 di merata negara."

Pemekat oksigen adalah peralatan yang membekalkan oksigen pada kepekatan lebih tinggi berbanding udara sekitar dengan menyaring nitrogen. Hospital-hospital di India telah melaporkan kehabisan bekalan oksigen sedang bandar-bandar mengalami cabaran menangani kes-kes COVID-19 yang mencatat rekod tinggi harian sejak seminggu lalu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan