NSP lancar manifesto gesa perlindungan perubatan menyeluruh bagi semua rakyat S'pura
Parti Perpaduan Nasional (NSP) pada Selasa (30 Jun) melancarkan manifestonya yang menggesa perlindungan perubatan yang menyeluruh bagi semua rakyat Singapura.
Anggota Parti Perpaduan Nasional. (Gambar: Anne-Marie Lim)
SINGAPURA: Parti Perpaduan Nasional (NSP) pada Selasa (30 Jun) melancarkan manifestonya yang menggesa perlindungan perubatan yang menyeluruh bagi semua rakyat Singapura.
Insurans Perubatan Menyeluruh itu harus meliputi bil rawatan hospital dan rawatan pesakit luar, termasuk rawatan COVID-19 di hospital swasta atau disusun semula, poliklinik dan klinik swasta gabungan. Ia seharusnya juga meliputi semua keadaan perubatan sedia ada bagi kanak-kanak, menurut parti itu.
Selain itu, insurans tersebut harus dimampui dan wajib bagi rakyat Singapura, dengan Pemerintah menyumbang sekurang-kurangnya 50 peratus daripada premium berbayar, tambahnya.
Bagi rakyat di bawah Bantuan Awam, Pemerintah akan membayar bagai premium secara penuh.
Sedang pekerja asing, penduduk tetap dan warga asing yang tinggal di Singapura layak untuk perlindungan tersebut, mereka tidak sepatutnya meneruma subsidi Pemerintah bagi premium-premium, menurut NSP.
Parti itu melancarkan manifesto mereka di Facebook, dengan matlamat membina "demokrasi majmuk dengan memenangi kerusi di pilihan raya parlimen".
"NSP wujud untuk mempertahankan demokrasi dan menyediakan idea membina untuk memanfaatkan Masyarakat," menurut kenyataan misi parti itu.
Saranan lain oleh NSP termasuk:
- Melarang penduduk tetap daripada menjual semula flat HDB dalam tempoh lapan tahun, dengan cukai dikenakan ke atas keuntungan diraih untuk "mencegah urus niaga bersifat ramalan". Penduduk tetap juga tidak sepatutnya menyewa sebarang bahagian daripada flat mereka.
- Mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 7 peratus.
- Rakyat Singapura diberi keutamaan dalam tenaga kerja.
- Membenarkan rakyat Singapura mengeluarkan wang daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) apabila mereka diberhentikan kerja atau "dalam masa kesusahan". Mereka boleh mengeluarkan sehingga S$3,000 sebulan dalam satu tempoh enam bulan, bergantung kepada maksimum 20 peratus daripada Akaun Biasa CPF.
- Mengurangkan perbelanjaan pertahanan negara secara bertahap-tahap untuk tempoh beberapa tahun kepada 4.5 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).
NSP pada Selasa pagi mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding di GRC Sembawang dan GRC Tampines.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.