Skip to main content

Notis Jangan Keluar Rumah dikenakan ke atas sesiapa yang pernah ke ASEAN, Jepun, UK, Switzerland

Sesiapa saja yang memasuki Singapura tetapi pernah melakukan perjalanan ke negara-negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau United Kingdom akan diberi Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Mar 2020 07:58PM Dikemas Kini : 15 Mar 2020 09:03PM

SINGAPURA: Sesiapa saja yang memasuki Singapura tetapi pernah melakukan perjalanan ke negara-negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau United Kingdom akan diberi Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari.

Ini akan dikuatkuasakan mulai 11.59 malam pada Isnin (16 Mac) dan melibatkan semua pelancong, termasuk rakyat Singapura, pemegang pas jangka lama, para pelawat jangka pendek, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad.

Ini tidak termasuk laluan laut dan darat antara Singapura dengan Malaysia, menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, sambil menambah bahawa langkah berasingan sedang dilakarkan oleh kumpulan kerja dua hala dengan Malaysia.

Encik Wong, yang juga adalah pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, menambah bahawa sekitar 300,000 orang merentasi pusat pemeriksaan darat dengan Malaysia setiap hari.

Sejak tiga hari yang lalu, Singapura sudah melihat kenaikan 25 kes baru COVID-19. Daripada kes itu, lebih 75 peratus adalah kes diimport, menurut MOH, sambil menambah bahawa 90 peratus daripada kes diimport adalah rakyat Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke Singapura dari luar negara.

Langkah sekatan sempadan baru itu bertujuan mencegah kes COVID-19 yang diimport, tambah kementerian kesihatan itu lagi.

NOTIS JANGAN KELUAR RUMAH

Sesiapa saja yang telah melawat sebarang negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau UK dalam tempoh 14 hari lalu akan diberi Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari.

Mereka perlu memberikan bukti mengenai tempat tinggal di mana mereka akan melaksanakan Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari, sebagai contoh, menempah bilik hotel selama 14 hari, atau menetap di rumah mereka sendiri atau ahli anggota mereka.

Mereka yang diberi notis jangan keluar rumah mesti kekal di dalam tempat penginapan mereka sepanjang masa selama 14 hari setelah masuki Singapura. Mereka juga mungkin perlu menjalani ujian swab, termasuk jika mengalami masalah pernafasan.

"Ini kerana risiko jangkitan di kalangan masyarakat di negara-negara berkenaan dan terbukti tentang kes COVID-19 diimport dari negara-negara tersebut ke Singapura," menurut MOH.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita