13 maut setelah bangunan perumahan Hong Kong dijilat api
Sebuah bangunan perumahan dijilat api di daerah utara Tai Po di Hong Kong pada Rabu (26 Nov), dengan kepulan asap tebal berwarna kelabu keluar daripada bangunan itu sedang pasukan kecemasan bergelut untuk mengawal kebakaran.
Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: 13 orang maut dan beberapa lagi terperangkap selepas kebakaran besar berlaku di beberapa bangunan tinggi di sebuah kompleks perumahan di daerah utara Tai Po di Hong Kong pada Rabu (26 Nov), menurut pemerintah Hong Kong dan Jabatan Khidmat Bomba.
Anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran sehingga waktu senja, dengan asap hitam tebal berkepul-kepul keluar daripada bangunan setinggi 31 tingkat yang menempatkan 2,000 pangsapuri kediaman.
Jabatan Bomba memberitahu Reuters ia belum lagi mempunyai jumlah sebenar individu yang mungkin masih terperangkap dalam bangunan itu.
Lagi lima orang dibawa ke hospital.
Tiga orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal, seorang dalam keadaan serius dan seorang lagi berada dalam keadaan stabil, menurut kenyataan ringkas daripada pemerintah.
Seorang individu yang maut termasuk seorang pegawai bomba dan seorang lagi dirawat kerana keletihan haba, kata pengarah Jabatan Khidmat Bomba Andy Yeung kepada wartawan.
Jabatan bomba menyatakan ia menerima laporan pada pukul 2.51 petang waktu tempatan bahawa kebakaran berlaku di Wang Fuk Court di Tai Po.
Kecemasan itu dinaikkan kepada amaran tahap 4 pada pukul 3.34 petang.
Wang Fuk Court adalah kompleks perumahan terdiri daripada lapan blok, yang menampung hampir 2,000 unit perumahan.
Beberapa bangunan di sekitar bangunan yang terbakar itu mempunyai perancah buluh di bahagian luarnya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.