ePustaka: Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Adakah menulis sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang memiliki bakat semata-mata?
Bagaimanakah pula mereka yang tidak mempunyai kelebihan ini sedangkan banyak pengalaman dan ilmu dalam diri yang mahu diabadi dan dikongsi? Buku ini menjawab persoalan ini.
Zamri Mohamad, penulis naskhah ini, yang merupakan guru penulisan terkenal yang telah menghasilkan puluhan buku, menjelaskan bahawa menulis datang dari dua jalan.
Satu, menerusi jalan bakat dan kedua, dari jalan sistem kerja. Buku ini, secara khususnya menawarkan jalan kedua kepada umum yang ingin merakamkan kisah kehidupan.
Ditulis dengan gaya dan bahasa mudah serta bersistem, ia membimbing pembaca mencipta kejayaan kecil sebelum mencapai puncak matlamat menghasilkan sebuah karya yang dibanggakan.
Ringkasnya, menulis kisah hidup merakam perjuangan seseorang, memaparkan kesyukuran atas nikmat kehidupan, mengenang nikmat dalam penceritaan dan menjadikannya satu muhasabah panjang seseorang insan.
Ia juga merupakan suatu terapi diri. Apabila kita menulis kisah lalu dan membacanya semula, pasti kita mengerti kesukaran masa lalu yang menjadi cahaya bahagia momen kini dan hari muka.
Menurut penulis, dengan cara ini, makna hidup akan difahami dan kita dapat berdamai dengan keadaan serta membina semangat hidup baharu.
Menulis kisah hidup juga boleh dijadikan sumber kenang-kenangan. Ia bakal menjadi harta paling mahal yang diwarisi insan-insan terdekat dengan kita. Menurut penulis, bahan sebegini merupakan “harta kasih sayang” yang membantu kita agar tidak dilupakan selepas kematian.
Tambah penulis lagi, menulis karya sebegini jelas menekankan erti mengenali diri seseorang bukan hanya pada namanya.
Pasti banyak sekali teladan dan pelajaran yang dapat ditimba daripadanya. Sesuai amat dengan kata-kata yang beliau tukil daripada buku kisah hidup Khadijah Tok Selehor yang ditulis oleh Dato’ Dusuki Ahmad yang berbunyi, “Aku tidak mahu apabila anak cucu aku MATI nanti, mereka hanya dikenang melalui tiga baris ungkapan pada batu nisan iaitu NAMA, TARIKH LAHIR, dan TARIKH MATI. Kemudian dia ditinggalkan di situ bersama-sama mereka yang tidak bernama”.
Buku ini amat bernilai tinggi kepada mereka yang ingin menulis kisah hidup. Antaranya, pembaca akan mendalami topik tentang kategori kisah hidup seperti autobiografi, biografi, memoir, how-to dan hybrid.
Seterusnya, pelajari berkenaan golongan untuk disantuni, format asas kisah hidup dan swaterbit, kaedah tulis dan semak, susunan isi buku kisah hidup, merangka bab, pendulu pengikat kisah hidup, mengikat visual kisah hidup dan beberapa perkara lain yang menyempurnakan misi dan visi pengkaryaan.
Ringkasnya, buku mesra pembaca ini merupakan manual asas yang patut dimanfaatkan mereka yang ingin memulakan perjalanan sebagai penulis.
Setiap ciptaan Tuhan tiada yang sia-sia. Setiap insan ada kisah hidup yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.
Rakamkan dalam penulisan, kerana bak kata penulisnya, penutup kepada satu perjalanan ilmu adalah permulaan kepada jalan amal.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca
Penulis: Zamri Mohamad
Penerbit: Kuala Lumpur: Studio Buku Publika, 2023.
Nombor panggilan: Malay 808.049928 ZAM
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.