Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Lawatan DPM Gan ke Amerika untuk kukuhkan hubungan, teroka kerjasama baharu; SG pertingkat usaha tambah bakat, guna AI dalam sektor penerbangan; Israel dan Syria setuju laksana gencatan senjata

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Lawatan DPM Gan ke Amerika untuk kukuhkan hubungan, teroka kerjasama baharu; SG pertingkat usaha tambah bakat, guna AI dalam sektor penerbangan; Israel dan Syria setuju laksana gencatan senjata

DPM Gan Kim Yong (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 19 Jul 2025 07:35AM Dikemas Kini : 19 Jul 2025 07:56AM

3 BERITA YANG PALING MENARIK PERHATIAN

Lawatan DPM Gan ke Amerika untuk kukuhkan hubungan, teroka kerjasama baharu

Encik Gan Kim Yong semasa berucap di forum Masa Hadapan Asia. (Gambar: AFP)

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, akan mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat bermula Ahad ini (20 Jul) hingga Sabtu depan, bagi mengukuhkan hubungan dan membincangkan beberapa bidang kerjasama.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

CAAS lancar inisiatif S$200 juta pikat dan kekalkan tenaga kerja industri penerbangan SG

Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara Sun Xueling menyampaikan ucapan pembukaan di Pameran Kerjaya dan Pendidikan OneAviation 2025 di Pusat Konvensyen Suntec City pada 18 Julai 2025. (Gambar: CAAS)

Kira-kira satu pertiga daripada 60,000 pekerjaan dalam sektor penerbangan berisiko digantikan oleh AI. Demikian menurut laporan terbaharu oleh penguasa penerbangan dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Israel dan Syria setuju laksana gencatan senjata, kata Duta Amerika ke Turki

Asap muncul dari kereta rosak di wilayah Sweida yang sudah seminggu dibelenggu keganasan yang tercetus akibat pertempuran antara pejuang Badwi dan puak Druze di Syria pada 18 Jul 2025. (Gambar: Reuters/Karam al-Masri)

Duta Amerika Syarikat ke Turki, Tom Barrack, pada Jumaat (18 Julai) mengumumkan bahawa Israel dan Syria bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata, dengan sokongan daripada Turki, Jordan dan negara jiran lain.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita