IMH lancar kajian 10 tahun ke atas belia untuk sokong, pantau perkembangan kesihatan mental
Kajian selama 10 tahun untuk menyokong dan memantau perkembangan belia berhubung kesihatan mental dan perkembangan saraf tertentu telah dilancarkan pada Jumaat (22 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kajian selama 10 tahun untuk menyokong dan memantau perkembangan belia berhubung kesihatan mental dan perkembangan saraf tertentu telah dilancarkan pada Jumaat (22 Nov).
Projek oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) itu akan dimulakan dengan kajian dua tahun yang diberi nama Membina Daya Tahan dan Intervensi (Building Resilience And Intervention atau BRAVE).
Ia akan melibatkan saringan dan diagnosis peserta untuk menentukan kelaziman keadaan kesihatan mental dalam kalangan golongan itu.
Kajian itu akan memberi tumpuan kepada gangguan spektrum autisme, gangguan hiperaktif kekurangan perhatian, kebimbangan, dan kemurungan - yang merupakan empat keadaan paling biasa dilihat di Klinik Bimbingan Kanak-kanak IMH, menurut institut itu dalam satu kenyataan media.
Kajian itu disokong oleh Yayasan Temasek, yang menyediakan geran sebanyak S$1.5 juta.
Fasa kedua projek itu akan menyaksikan pembangunan dan pelaksanaan program intervensi untuk meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan peserta berisiko.
Fasa akhir kajian itu akan memantau trajektori kesihatan mental peserta dan meneliti sebarang hubungan antara perkembangan keadaan itu dengan peristiwa yang mungkin dialami dari semasa ke semasa.
Menurut Kajian Kesihatan Mental Singapura 2016, sekitar 20 peratus belia di Singapura telah mengalami sekurang-kurangnya satu keadaan kesihatan mental.
Mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun merupakan jumlah tertinggi individu yang mengalami gangguan kesihatan mental dan lebih berkemungkinan mengalami gangguan mood dan kebimbangan.
Semasa taklimat media pada Jumaat (22 Nov), IMH memberitahu para wartawan bahawa ia sudah mula merekrut peserta.
Surat undangan akan dihantar secara berkumpulan dalam masa beberapa bulan akan datang kepada 40,000 isi rumah yang dikenal pasti secara rambang dengan sekurang-kurangnya seorang warga muda Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang lahir antara 2007 dan 2016.
Dr Lim Choon Guan, yang merupakan penyelidik utama kajian BRAVE, berkata pasukannya berharap dapat menarik sekurang-kurangnya 4,000 peserta.
Ibu bapa yang tidak menerima surat untuk anak mereka yang dilahirkan pada tahun-tahun yang dinyatakan itu tetapi berminat untuk melibatkan anak mereka juga boleh mendaftar bagi kajian tersebut.
Para peserta akan disaring untuk isu kesihatan mental melalui soal selidik online dan jika perlu, akan diundang untuk menjalani penilaian komprehensif untuk menetapkan diagnosis.
Pemeriksaan kesihatan mental susulan akan dijalankan setahun kemudian untuk semua peserta memantau kesejahteraan mereka.
Menurut IMH, semua saringan dan penilaian, termasuk laporan yang dikembalikan kepada peserta, yang dilakukan sebagai sebahagian daripada kajian itu adalah percuma.
Walaupun kajian itu tidak meliputi kos intervensi untuk sebarang keadaan yang didiagnosis, IMH menyatakan ia akan mengarahkan peserta kepada penyedia khidmat yang relevan dengan keperluan mereka.
Semua data kajian dan diagnosis akan dirahsiakan dan tidak akan dikongsi di luar pasukan kajian, tambahnya.
Perancangan untuk fasa kedua dan ketiga kajian sedang dijalankan dan akan "dimulakan mengikut kesesuaian", menurut IMH.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.