Skip to main content

Dunia

BERSATU akan kekal dalam PN; guna logo pada PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin

Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan kekal sebagai komponen dalam Perikatan Nasional (PN) serta akan menggunakan logo gabungan politik berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
BERSATU akan kekal dalam PN; guna logo pada PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin

Presiden Bersatu Muhyiddin tiba di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor pada Selasa, bagi mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu. (Gambar: AWANI)

Diterbitkan : 17 Jun 2026 08:24AM Dikemas Kini : 17 Jun 2026 08:25AM
PETALING JAYA: Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin berkata parti itu akan kekal sebagai komponen dalam Perikatan Nasional (PN) serta akan menggunakan logo gabungan politik berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos ini.

Beliau berkata BERSATU tidak boleh disingkirkan daripada PN secara sepihak atau berdasarkan keputusan satu pihak sahaja.

"Kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu daripada PN secara sepihak.

"Kalau ikut perlembagaan, ada perkara-perkara dan fasal-fasal tertentu yang perlu dipatuhi... mereka mesti mematuhi peruntukan tersebut dan perlu mencapai konsensus," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan di Ibu Pejabat Bersatu pada Selasa malam (16 Jun).

Turut hadir Naib Presiden Bersatu iaitu Dr Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu serta Setiausaha Agung parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, Parti Se-Islam Malaysia (PAS) secara rasmi mengumumkan bahawa parti itu menghentikan segala bentuk kerjasama politik dengan BERSATU.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita