Skip to main content

Iklan

Iklan

New South Wales catat rekod kes tempatan harian paling tinggi

New South Wales, wilayah dengan paling ramai penduduk di Australia, mencatat rekod 825 kes baru jangkitan tempatan harian COVID-19 hari ini (21 Ogos), naik dari 644 kes pada hari sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
New South Wales catat rekod kes tempatan harian paling tinggi

Seorang individu duduk keseorangan di Melbourne, Australia. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 09:59AM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 10:01AM

MELBOURNE: New South Wales, wilayah dengan paling ramai penduduk di Australia, mencatat rekod 825 kes baru jangkitan tempatan harian COVID-19 hari ini (21 Ogos), naik dari 644 kes pada hari sebelumnya.

Selain itu, tiga kematian dilaporkan semalaman akibat penularan varian Delta koronavirus sekarang ini yang amat mudah dijangkiti, kata Ketua Wilayah Gladys Berejiklian dalam satu taklimat yang disiarkan di televisyen.

Victoria pula melaporkan 61 kes baru jangkitan tempatan COVID-19 dalam tempoh 24 jam hingga Jumaat malam (20 Ogos), menurut para pegawai kesihatan hari ini.

Terdapat tambahan 16 kes tempatan yang dicatat menyusuli ujian pantas dan akan disertakan dalam jumlah yang dilaporkan pada Ahad (22 Ogos), menurut para pegawai itu.

Melbourne yang merupakan tempat tinggal bagi lima juta penduduk dikenakan perintah berkurung keenam sejak 5 Ogos, hanya beberapa minggu selepas keluar daripada langkah perintah berkurung sebelum ini demi membendung penularan varian Delta yang amat mudah dijangkiti.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan