Skip to main content

Iklan

Iklan

Nenek 103 tahun di Iran sembuh dari COVID-19

Seorang wanita Iran yang berusia 103 tahun berjaya sembuh daripada virus korona COVID-19 yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia sejak awal tahun ini, menurut laporan agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nenek 103 tahun di Iran sembuh dari COVID-19

Imej SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 04:36PM Dikemas Kini : 18 Mar 2020 04:40PM

ANKARA: Seorang wanita Iran yang berusia 103 tahun berjaya sembuh daripada virus korona COVID-19 yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia sejak awal tahun ini, menurut laporan agensi berita Anadolu.

Cancelor Universiti Sains Perubatan Semnan Nevid Danayi, berkata wanita itu sudah dibenar pulang dari hospital, menjadinya pesakit tertua kedua yang pernah sembuh dari penyakit itu.

Tanpa mendedahkan identitinya, Encik Danayi berkata wanita itu sudah pulih sepenuhnya.

Minggu lalu, pihak berkuasa China berkata seorang wanita berusia 103 tahun yang dijangkiti COVID-19 pada 1 Mac, dibenar pulang dari hospital, enam hari selepas menjalani rawatan.

Lebih daripada 198,500 kes virus itu disahkan di seluruh dunia dengan jumlah kematian kini melebihi 7.900 orang.

Dalam pada itu lebih 82,500 pesakit sudah pulih, menurut Worldometer, sebuah laman web yang mengumpul nombor kes baru COVID-19.

Menurut laman web itu jumlah kes aktif mencecah 107,500 - 94 peratus merupakan kes ringan dan 6 peratus pesakit dalam keadaan kritikal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Eropah sebagai pusat penularan baru virus itu, yang mula-mula muncul di Wuhan, China Disember lalu. 

Sumber : Agensi berita/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan