Warna-warni pengalaman Ramadan ikut program pertukaran pelajar ke UK

Penulis bergambar di kampus Universiti Exeter di Exeter, United Kingdom (UK). (Gambar: Nurul Amirah Iryawan)
Meskipun impian saya pada awalnya tidak tercapai, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah memberikan peluang baharu untuk saya dengan adanya program pertukaran pelajar dari Januari hingga Mei 2025. Saya telah memilih untuk mengikuti satu semester di Universiti Exeter di Exeter, United Kingdom (UK).

Pada mulanya, saya paling risau untuk berpisah dengan keluarga kerana saya tidak pernah berjauhan daripada mereka walau seminggu pun. Namun perpisahan yang hiba dengan titisan air mata kemudian menjadi lebih gembira dengan kehadiran empat lagi rakan-rakan dari NTU yang turut mengikuti program yang sama di Exeter. Saya juga berkenalan dengan ramai lagi pelajar antarabangsa yang turut menetap di asrama yang sama.
Pengalaman di universiti pula sangat menyeronokkan. Dalam hampir kesemua kelas, saya merupakan satu-satunya pelajar Asia dan berhijab. Ini adalah perbezaan yang paling ketara berbanding di Singapura. Namun, saya tidak pernah mengalami layanan berbeza daripada rakan-rakan mahupun profesor. Di Exeter, profesor sangat menitikberatkan penyertaan dan perbincangan antara pelajar dan ini telah melatih saya untuk menjadi lebih konfiden untuk menyertai kelas. Yang paling menarik ialah kelas saya tamat pada pukul 6.00 petang tetapi suasana di luar sudah seperti jam 9.00 malam.



Walaupun hanya satu semester, banyak yang telah saya raih dari pengalaman ini. Dunia ini sungguh luas dan di setiap ceruk terdapat banyak ilmu untuk diraih.
MENGENAI PENULIS:

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.