Skip to main content

Nadi Kampus

Warisan Leluhur Jadi Banggaan

Anggaran Waktu Membaca:
Warisan Leluhur Jadi Banggaan

Salah satu galeri di Taman Warisan Melayu. (Gambar: NHB)

SINGAPURA:
 

Warisan leluhur amanah bangsa
Itulah asal mendapat nama
Orang berbangsa pedulikan budaya
Lama dan baharu terangkul saksama

Warisan leluhur bersendi sejarah
Pada anak bangsa itulah amanah
Jangan sampai ingatan terpunah
Mana terpesong ditegur disanggah

Warisan leluhur penyatu zuriat
Pandai menilik manakah adat
Dapat disaring manakah manfaat
Adat terpakai sebaik tempat

Warisan leluhur khazanah negara
Itulah jati diri yang dibangun dijaga
Agar berbudaya setiap warga
Silang budaya akur mewarna

Warisan leluhur banggaan serantau
Budaya dicatat darat dan pulau
Budaya peribumi mahupun perantau
Sama mengenal sama meninjau

Warisan leluhur bercita sempurna
Itulah saran barisan pujangga
Sejarah dipandu nilai mulia
Elakkan dari mara bencana

Warisan leluhur pesanan hikmah
Silang budaya banyak bercambah
Itulah disambut malah ditambah
Raikan kebersamaan mendapat berkah

Warisan leluhur manjadi manusia
Itulah muasal wajar dikota
Kemanusiaan bangsa diangkat dimulia
Itulah peradaban yang takkan hilang di dunia

Warisan leluhur harus dimasyhur
Ilmu pengetahuan sama disalur
Menerangkan silam mana yang kabur
Bunga budaya semerbak ditabur

Warisan leluhur dikibar dibangga
Menjadikan kita celik dan perasa
Beredar zaman bergerak sama
Di Taman Warisan maju berbudaya.
Kurangkan Artikel
MENGENAI PENULIS
Related article image
Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura. Dr Azhar juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Warisan Melayu.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita