Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Usahawan teknologi, atlit silat antara 30 individu muda S'pura dipilih dalam senarai Forbes

Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai 30 Bawah 30 Asia bagi 300 individu bawah 30 tahun yang berpotensi besar di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Usahawan teknologi, atlit silat antara 30 individu muda S'pura dipilih dalam senarai Forbes

Sheik Farhan (kiri) dan Mohamad Afiq antaranama-nama dalam senarai Forbes 30 Bawah 30 Asia (Gambar: Justin Ong, Janio)

Diterbitkan : 20 Apr 2021 06:23PM Dikemas Kini : 20 Apr 2021 06:44PM

SINGAPURA: Forbes baru-baru ini mengeluarkan senarai 30 Bawah 30 Asia bagi 300 individu bawah 30 tahun yang berpotensi besar di Asia.

Seramai 30 di Singapura turut diberi penghormatan dalam senarai tahun ini yang menampilkan usahawan serta peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Antaranya ialah Harsh Dalal, 19 tahun, pengasas bersama dan CEO syarikat sofwe Team Labs.

Syarikat berpangkalan di Singapura itu menggajikan 120 orang dari enam negara termasuk Singapura.

Harsh Dalal

Harsh Dalal, 19 tahun, pengasas bersama dan CEO syarikat sofwe Team Labs.

Turut termasuk dalam senarai 30 Bawah 30 Asia itu ialah Mohamed Afiq, Junkai Ng dan Nathaniel Yim, semuanya berusia 28 tahun dan merupakan pengasas bersama syarikat pemula logistik Janio Asia.

Atlit silat Sheik Farhan, 23 tahun tersenarai di bawah kategori Hiburan dan Sukan manakala Sazzad Hossaid, 27 tahun antara usahawan sosial yang diiktiraf Forbes. Syarikatnya, SDI Academy mengajar bahasa Inggeris kepada pekerja hijrahan dan membekalkan mereka dengan kemahiran menguruskan kewangan serta menggunakan komputer.

Dua calon wanita termasuk pengasas bersama syarikat pemula kesihatan digital Speedoc, Serene Cai, 28 tahun, dan Oh Chu Xian, 27 tahun yang merupakan pengasas Magorium, sebuah syarikat pemula yang mengitar semula sisa plastik.

Berikut senarai lengkap penerima yang yang berjaya dalam bidang masing-masing:

  • Harsh Dalal, 19, pengasas bersama dan CEO Team Labs
  • Htay Aung, 29, pengasas syarikat khidmat kongsi basikal Anywheel
  • Priyageetha Dia, 28, artis
  • Grace Ciao, 28, illustrator dan pengasas Grace Ciao Studio
  • Marilyn Chew, 27, artis kaligrafi dan pengasas Eterate Calligraphy
  • Wayne Goh, 28, pengasas bersama wadah online Glife
  • Gaurav Bhattacharjee, 29, zamil penyelidik di NUS
  • Serene Cai, 28, pengasas bersama syarikat pemula kesihatan digital Speedoc
  • Chan Chee Yang, 29, pengasasa syarikat pemula IVF, Carta Genomics
  • Shawn Li, 29, pengasas syarikat teknologi perubatan E3A Healthcare
  • Lu Kangjia, 29, zamil penyelidik di NUS
  • Vyasaraj Manakari, 28, Gururaj Parande, 27, pengasas bersama syarikat pemula teknologi perubatan Magloy Tech
  • Oh Chu Xian,27, pengasas syarikat pemula kita semula sisa plastik Magorium
  • Devi Sahny, 27, pengasas syarikat pemula tuisyen Ascend Now
  • Mohamed Afiq, 28, Junkai Ng, 28, Nathaniel Yim, 28, pengasas bersama syarikat pemula logistik Janio Asia
  • Jeff Young, 28, CEO platform derivatif matawang digital Bitwell
  • Sheik Farhan, 23, juara silat dunia tiga kali
  • Sazzad Hossaid, 27, usahawan sosial dan pengasas SDI Academy
  • Edward Yee, 26, pengasas bersama perusahaan sosial Givfunds
  • Vardhan Kapoor, 28, Ketua APAC, platform pemindahan wang Remitly
  • Jay Lim, 28, rakan kongsi firma modal teroka Global Founders Capital
  • bertempat di Berlin
  • Vishvesh Suriyanarayanan, 29, Dylan Tan, 28, pengasas bersama syarikat pemula Split
  • Wei Shi Khai, 27, pelabur dan COO pemaju rantaian bekalan Longhash Ventures
  • Yin Likun, 29, pengasas syarikat pemula teknologi kewangan RootAnt
  • Kenath Priyanka Prasad, 29, pengasas pemula jagaan kesihatan Prime Respi
  • Xi Liu, 28, pengasas platform kesihatan wanita Ferne Health
Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan