Usahawan muda ini hasilkan sendiri wangian YSL, Dior dan Chanel lalu jual produk dari S$14
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Siapa yang tidak suka minyak wangi berjenama? Ada bahkan sanggup membayar ratusan dolar bagi minyak wangi keluaran jenama seperti Chanel, Versace dan Dior.
Katanya... wangian dapat meningkatkan keyakinan diri dan bahkan meninggalkan kesan yang positif dari segi pandangan orang lain mengenai aura si pemakai.
Namun bagi mereka yang masih bersekolah, minyak wangi 'branded' ibarat satu kemewahan yang sukar dimampui.
Inilah yang mendorong Fatmah Tuz Zahrah dan rakannya untuk menghasilkan sendiri pelbagai minyak wangi dengan wangian yang 'tidak lari' daripada bau minyak wangi berjenama, lalu menjualnya pada harga jauh lebih rendah.
Perniagaan itu mereka namakan The Shaiks’ Perfume.

"Idea ini tercetus apabila kami masih lagi sangat muda. Kami sukakan minyak wangi berjenama tetapi harganya boleh mencecah antara S$100 dengan S$200. Sebab itulah kami menghasilkan minyak wangi sendiri," kongsi Fatmah, 25 tahun, kepada kru Nadi Kampus.
Kedua-dua Fatmah dan rakan niaganya masih menuntut di universiti.
BEGINI THE SHAIKS' PERFUME URUS KOS...
Segala urusan perniagaan - pemasaran, mengolah wangian sehinggalah membungkus pesanan pelanggan - dijalankan oleh Fatmah dan rakan niaganya sendiri.
Harga produk-produk yang dijual pula pada umumnya berharga S$14 (bagi botol 15ml), S$29 (bagi botol 50ml) dan $49 (bagi botol 100ml).
Demi memastikan produk mereka dapat dijual pada harga tersebut, mereka tentunya perlu bijak mengatur strategi.
Ini termasuk membuat pesanan pukal bagi inventori, selain memanfaatkan media sosial untuk memasarkan minyak wangi The Shaiks’ Perfume.
"Media sosial itu percuma. Maka kami banyak berjimat dari segi pemasaran. Kami menerbitkan video untuk melakukan ini," ujar Fatmah yang menguruskan pemasaran perusahaannya.

Penuntut di Institut Teknologi Royal Melbourne (RMIT) di Institut Pengurusan Singapura (SIM) itu juga memastikan mereka dapat memikat lebih ramai pelanggan menerusi acara 'pop-up'.
“Kami suka sertai acara kerana ia membantu dan membolehkan kami berbual dengan orang. Mereka juga berkongsi maklum balas tentang wangian kami, dan bagaimana kami boleh memperbaiki lagi produk-produk (sedia ada)," tambah Fatmah.
'Pop-up' The Shaiks’ Perfume yang selanjutnya adalah di ‘Zak Makan Extravaganza’ pada 12 hingga 15 Disember ini di Expo Singapura.
BERAZAM TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Diam tak diam, The Shaiks’ Perfume sudah bertahan selama lebih setahun. Ini sememangnya satu pencapaian luar biasa, apatah lagi kerana Fatmah dan rakan niaganya masih lagi bersekolah.
"Mengimbangi sekolah, perniagaan dan komitmen lain... saya rasa itu cabaran utama. Kurangnya masa dan juga tenaga. Cabaran kedua adalah tenaga kerja kerana semua tugasan seperti menampal label, membuat minyak wangi, mengisi botol, bungkus semuanya memakan masa dan tenaga," kata Fatmah.

Sekalipun demikian, dua belia itu berazam untuk terus mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah kedai fizikal pada masa akan datang, di mana pelbagai alat dapat dibeli untuk mempermudah lagi proses 'teknikal' dalam penghasilan minyak wangi.
Mereka juga sudah menanam harapan untuk membawa The Shaiks’ Perfume ke luar negara dengan wangian yang dihasilkan sendiri.
"Kami sudah mencipta beberapa wangian sendiri dan mengajak rakan-rakan mencubanya. Saya berharap kami boleh ciptakan lebih banyak wangian baharu sendiri," kata Fatmah.
"Tentu sekali kami ingin mendapat lebih ramai pelanggan pada masa depan. Kami ingin menembusi negara-negara jiran, seperti Malaysia dan mungkin Thailand, Indonesia."

Bagi mereka yang teringin mencuba produk mereka, berikut ini beberapa produk yang disarankan Fatmah:
"Minyak wangi paling laris kami adalah ‘Ultra Male by JPJ’, ‘Sauvage’, ‘Alexa’ dan juga ‘English Pear by Jo Malone’ kami. Minyak wangi kegemaran saya adalah wangian yang diilhamkan oleh YSL Black Opium. Kami memanggilnya 'Pink Opium'.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.