Usaha gigih pasangan kembar ini capai cita-cita jadi ahli gusti profesional
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Aqil Ezat)
SINGAPURA: Bagi pasangan kembar Nadiah Alani Hirwandy dan Nadirah Amani Hirwandy, 23 tahun cita-cita untuk menjadi ahli gusti profesional di Singapura semakin menjadi satu kenyataan.
Malah, mereka adalah pasangan kembar pertama yang bertanding sebagai pasukan berganti atau 'tag team' di Singapura.
Minat dalam sukan gusti mula berputik sejak usia mereka kecil lagi.
"Bapa kami suka menonton sukan gusti di televisyen, jadi kami menonton bersamanya," kongsi Nadirah, yang kini bertugas sebagai penasihat kewangan.
Cik Nadiah dan Cik Nadirah memulakan latihan di Grapplemax Pro Wrestling Singapore pada Julai tahun lalu.
"Kami hanya mula bergusti tahun lalu, kerana pada mulanya ibu kami tidak benarkan kami bergusti," kata Cik Nadiah, yang merupakan penuntut jurusan sains sukan tahun akhir di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Di gelanggang gusti, kedua-duanya dikenali sebagai 'Amani' dan 'Alani'.
Pasukan dikenali sebagai A² itu membuat penampilan pertama pada Mei lalu dalam acara NWE Showcase, di mana mereka berdepan ahli gusti veteran Sarah Coldheart dan Radiant Rui.
GUSTI BUKAN SEKADAR FIZIKAL, PERLU MAHIR 'BERLAKON'
Selain latihan fizikal, ahli gusti diajar teknik berlakon kerana setiap ahli mempunyai watak tersendiri.
Malah, mereka berlatih bersama pihak lawan untuk memastikan pergerakan dilakukan dengan lancar.
"Dalam sukan gusti, kami harus menjiwai satu watak dan perlu menunjukkan emosi yang sesuai bagi setiap keadaan dan watak," kata Cik Nadiah.
"Jadi untuk mendorong diri saya menunjukkan emosi semasa kami bertarung, ia agak sukar bagi saya," tambahnya.

Apabila ditanya sama ada pasangan kembar itu mempunyai kelebihan 'telepati', Cik Nadirah berkata malangnya beliau dan pasangan kembarnya tidak mempunyai kelebihan itu.
"Jika orang tanya kami soalan, kadang- kadang kami jawab benda yang sama pada masa yang sama. Tetapi selain itu, tidak ada," seloroh Cik Nadirah.
Sungguhpun demikian, hubungan rapat antara pasangan kembar itu memudahkan mereka menjalani latihan dan melakukan pergerakan dalam gelanggang.

AKTIVITI INKLUSIF UNTUK WANITA
Sukan bergusti sering kali dikaitkan dengan kaum lelaki. Namun, ia kini lebih inklusif dan lebih ramai kaum wanita yang menceburi sukan itu.
Sebagai contoh, kelas gusti khusus bagi kaum Hawa ditawarkan oleh Grapple Max Wrestling bagi ahli gusti yang lebih selesa untuk berlatih dengan wanita sahaja.
Kedua-dua Cik Nadirah dan Nadiah berkata mereka turut menyaksikan perbezaan pada diri sendiri sejak menceburi sukan gusti.
"Keyakinan diri saya bertambah berbanding dahulu, kerana saya sebenarnya seorang yang pendiam. Tetapi ketika bergusti, kami perlu bersuara," kata Cik Nadirah.
Walaupun tidak memenangi perlawanan pertama mereka, Cik Nadirah dan Cik Nadiah ghairah menunggu pertarungan seterusnya.
"Yang pasti, kami ingin sambung bergusti. Jika diberi kesempatan, saya ingin bergusti di negara lain, kerana banyak pengalaman boleh dipelajari," kongsi Cik Nadirah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.