Skip to main content

Nadi Kampus

‘Tiba-Tiba’ anjuran mahasiswa SMU kupas onak duri kehidupan melalui sajian irama, rentak perkusi Melayu tradisional & moden

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Sep 2024 08:29PM Dikemas Kini : 25 Sep 2024 09:58AM
SINGAPURA: Merenung kembali perjalanan menyusuri onak duri kehidupan sambil menikmati santapan halwa telinga.

Pengalaman ini disajikan bagi penonton ‘showcase’, berjudul ‘Tiba-Tiba’ anjuran kumpulan SMU Rentak.

Ditubuhkan pada 2016, SMU Rentak, yang berada di bawah naungan Kelab Bahasa dan Budaya Melayu dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU MLCC), merupakan satu-satunya kumpulan perkusi Melayu di peringkat pengajian tinggi.

‘Tiba-tiba’ bakal dipentaskan pada Sabtu (28 Sep) selama sejam pada 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 petang di The Play den @ The Arts House.

Mendapat ilham daripada karya penulis, Djohan Abdul Rahman yang berjudul ‘Sekonyong-konyong’, persembahan tersebut membawa penonton menyusuri pasang surut kehidupan.

Diiringi alunan rentak irama moden dan tradisional dengan unsur Minangkabau, Jawa, Arab antara lainnya, para penonton dijanjikan pengalaman, di mana mereka dapat meneroka detik perubahan emosi, transformasi dan kejutan dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 10 karya sentuhan kreatif Riduan Zalani dan Nizar Fauzi daripada Nadi Singapura, serta mahasiswa SMU sendiri bakal diketengahkan di ‘showcase’ tersebut.

Tiket masih dijual dan anda boleh memperolehinya melalui laman ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita