Syair Permata Ilmu Menyebar Mutu
Anggaran Waktu Membaca:
Prof Syed Farid Alatas. (Gambar: Facebook/Syed Farid Alatas)
SINGAPURA:
Saudara saudari sahabat terhormat
Dilantunkan syair tabik tersemat
Izinkan saya membuka kalimat
Bismillah bermula niat keramat
Mahu disebut disanjung mulia
Kepada sang guru yang segak bergaya
Tinggi orangnya tampan berbangsa
Siapa ketemu pasti mengenalnya
Itulah guru kami yang besar berjasa
Dalam dunia ilmu sangat mendunia
Barat Timur cukup dia berkelana
Banyak bahasa fasih dikuasainya
Itulah Prof Syed Farid Alatas nama gerangan
Terpandang ilmunya banyak yang segan
Kritik sanggahnya banyak ke depan
Siapa terasa berjadilah rentan
Awal pendidikan di Singapura
Kemudian menyambung ke Amerika
Setelah tamat pulang ke Malaysia
Mengajar di UM kerjaya pertama
Di kampus NUS beliau mengajar
Sosiologi klasik beliaulah pakar
Banyak modul juga diajar
Kajiannya banyak susah nak dikejar
Di arena awam beliau ke depan
Membuat komentar hal kekinian
Kritiknya tajam menghadap soalan
Itulah ilmuan mahir kupasan
Itulah gerangan ilmuan bersungguh
Ilmunya padu hujahnya kukuh
Mana yang samar cepat disuluh
Agar pemikiran jangan terlumpuh
Beliaulah menyeru dikaji kleptokrasi
Itulah membengkak di banyak negeri
Pemimpin gelojoh mengkayakan famili
Itulah punca rakyat dizalimi
Teori Barat banyak yang sangkak
Tak kurang pula congkak dan bongkak
Bangsa yang lain dianggap tak layak
Dikritik beliau ditepis dilanyak
Itulah sisi keberanian menyanggah
Lembaran ilmu yang mesti dibedah
Orientalisme kolonialisme terus digugah
Mesti ditangkis ditamatkan sudah
Banyak gagasan yang beliau bawa
Antaranya konsep dari rantaunya kita
Pengalaman kita konsep tercipta
Sampai menyumbang khazanah dunia
Tak kurang penting bingkai teori
Baik berfikir kaedah sendiri
Membangun ilmu bernama autonomi
Sampailah dibincang hal indigenisasi
Sejarah peradaban dirungkai cermat
Gagasan Ibn Khaldun dibicara diangkat
Pengasas Sosiologi diletakkan hormat
Tradisi ilmu melahirkan hikmat
Berdekad lamanya beliau berjasa
Ilmunya tertuang anak didik diperkasa
NUS dan Jabatan menjadi ternama
Mengharumkan kita di mata antarabangsa
Moga Prof Farid Alatas diberkahi afiat
Ilmu dibangunnya sepanjang memberkat
Pada Pengajian Melayu dinaikkan harkat
Penyuluh ilmu kemanusiaan termanfaat
Kita pasti mengenang sosoknya
Santai guraunya mendamaikan rasa
Juga guru yang boleh dipercaya
Teladan ilmunya amat memberdaya
Kepada sang guru kita berterima kasih
Prof Syed Farid Alatas yang dikasih
Bakti ilmunya berlanjut masih
Sihat sejahteranya dipanjangkan lebih
Itulah doa kepada Tuhan yang Satu
Semoga kita diberkati para guru
Agar ilmu dan bangsa teruslah maju
Kemanusiaan kita bertambah mutu
Permata Ilmu Menyebar Mutu
Para pujangga menebar hikmat
Pandai-pandailah mencari guru
Ilmu dan amal terus memberkat
Para pujangga menebar hikmat
Sidang Arifin menyuluh kasih
Pada Guru yang bakti berkhidmat
Syukurlah kita berterima kasih
Dengan segala takzim mulia
Terima kasih Prof Farid ilmuan ghana
Jasamu dikenang sepanjang masa
Dan hidayah Tuhan terus menjaga.
Dilantunkan syair tabik tersemat
Izinkan saya membuka kalimat
Bismillah bermula niat keramat
Mahu disebut disanjung mulia
Kepada sang guru yang segak bergaya
Tinggi orangnya tampan berbangsa
Siapa ketemu pasti mengenalnya
Itulah guru kami yang besar berjasa
Dalam dunia ilmu sangat mendunia
Barat Timur cukup dia berkelana
Banyak bahasa fasih dikuasainya
Itulah Prof Syed Farid Alatas nama gerangan
Terpandang ilmunya banyak yang segan
Kritik sanggahnya banyak ke depan
Siapa terasa berjadilah rentan
Awal pendidikan di Singapura
Kemudian menyambung ke Amerika
Setelah tamat pulang ke Malaysia
Mengajar di UM kerjaya pertama
Di kampus NUS beliau mengajar
Sosiologi klasik beliaulah pakar
Banyak modul juga diajar
Kajiannya banyak susah nak dikejar
Di arena awam beliau ke depan
Membuat komentar hal kekinian
Kritiknya tajam menghadap soalan
Itulah ilmuan mahir kupasan
Itulah gerangan ilmuan bersungguh
Ilmunya padu hujahnya kukuh
Mana yang samar cepat disuluh
Agar pemikiran jangan terlumpuh
Beliaulah menyeru dikaji kleptokrasi
Itulah membengkak di banyak negeri
Pemimpin gelojoh mengkayakan famili
Itulah punca rakyat dizalimi
Teori Barat banyak yang sangkak
Tak kurang pula congkak dan bongkak
Bangsa yang lain dianggap tak layak
Dikritik beliau ditepis dilanyak
Itulah sisi keberanian menyanggah
Lembaran ilmu yang mesti dibedah
Orientalisme kolonialisme terus digugah
Mesti ditangkis ditamatkan sudah
Banyak gagasan yang beliau bawa
Antaranya konsep dari rantaunya kita
Pengalaman kita konsep tercipta
Sampai menyumbang khazanah dunia
Tak kurang penting bingkai teori
Baik berfikir kaedah sendiri
Membangun ilmu bernama autonomi
Sampailah dibincang hal indigenisasi
Sejarah peradaban dirungkai cermat
Gagasan Ibn Khaldun dibicara diangkat
Pengasas Sosiologi diletakkan hormat
Tradisi ilmu melahirkan hikmat
Berdekad lamanya beliau berjasa
Ilmunya tertuang anak didik diperkasa
NUS dan Jabatan menjadi ternama
Mengharumkan kita di mata antarabangsa
Moga Prof Farid Alatas diberkahi afiat
Ilmu dibangunnya sepanjang memberkat
Pada Pengajian Melayu dinaikkan harkat
Penyuluh ilmu kemanusiaan termanfaat
Kita pasti mengenang sosoknya
Santai guraunya mendamaikan rasa
Juga guru yang boleh dipercaya
Teladan ilmunya amat memberdaya
Kepada sang guru kita berterima kasih
Prof Syed Farid Alatas yang dikasih
Bakti ilmunya berlanjut masih
Sihat sejahteranya dipanjangkan lebih
Itulah doa kepada Tuhan yang Satu
Semoga kita diberkati para guru
Agar ilmu dan bangsa teruslah maju
Kemanusiaan kita bertambah mutu
Permata Ilmu Menyebar Mutu
Para pujangga menebar hikmat
Pandai-pandailah mencari guru
Ilmu dan amal terus memberkat
Para pujangga menebar hikmat
Sidang Arifin menyuluh kasih
Pada Guru yang bakti berkhidmat
Syukurlah kita berterima kasih
Dengan segala takzim mulia
Terima kasih Prof Farid ilmuan ghana
Jasamu dikenang sepanjang masa
Dan hidayah Tuhan terus menjaga.
Kurangkan Artikel
MENGENAI PENULIS
Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura. Dr Azhar juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Warisan Melayu.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.