SUKAN SEA 2025: Pemain bola sepak SG Farhanah Ruhaizat buru kelayakan ke separuh akhir
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua tahun lalu, pasukan bola sepak wanita Singapura terlepas peluang mara ke separuh akhir Sukan SEA 2023 selepas perlawanan menentang pasukan Kemboja.
Oleh itu skuad bola sepak wanita negara, yang lebih mesra dikenali sebagai “Lionesses”, kini berkobar-kobar untuk memulakan kempen Sukan SEA 2025 dengan tekad memperbaiki pencapaian lalu.
Mereka juga menyasarkan dapat mara ke separuh akhir kali ini.
Pemain tengah Farhanah Ruhaizat turut menyuarakan keyakinan bahawa meskipun skuad kali ini lebih “muda”, mereka tetap mampu memberikan saingan sengit di temasya berprestij itu. Pasukan tersebut malah, dibarisi pemain semuda usia 16 tahun.

Walaupun ini penampilan ketiga beliau di pentas Sukan SEA, Farhanah, 27 tahun, enggan mensia-siakan apa jua peluang yang ada.
Bagi perlawanan pertama mereka dalam Sukan SEA 2025, mereka akan menentang Indonesia pada Ahad (7 Dis).
FARHANAH TERUSKAN LEGASI KELUARGA “PAKAI BUT”
Selain pengalaman, beliau juga akan membawa semangat keluarganya yang telah banyak menyokong perjalanan Farhanah dalam arena bola sepak.
Beliau juga membesar dalam keluarga yang cukup dekat dengan bola sepak.
Bapanya, Ruhaizat Atan, merupakan bekas penjaga gol Gombak United.

Kakak sulungnya, Zafirah Ruhaizat, juga pernah aktif beraksi dalam bola sepak tempatan.
“Dulu bila kakak Farhanah main bola dengan kawan-kawan dia, dia selalu bawa Farhanah untuk tolong angkat air. Dari situ, saya mula berminat untuk sertai dan main (bola sepak). Tapi, Mama tidak benarkan…
“Katanya, untuk main bola sepak, saya perlu catat prestasi dalam pembelajaran saya … Saya pun bekerja keras, belajar bersungguh-sungguh," ujar anak kedua daripada empat adik-beradik itu.

Ditanya tentang reaksi bapa dan kakaknya sebaik saja mengetahui beliau akhirnya memilih untuk turut sama “memakai but”, Farhanah berkata:
“Bapa saya suka yang (saya dan kakak) suka apa yang dilakukannya … (Kakak) selalu letakkan standard bagi saya. Kakak sangat menyokong saya dalam sukan ini dan sehingga hari ini, dia masih menonton (perlawanan saya) dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.”
Bekas penuntut Politeknik Republik dalam jurusan Pengurusan Sukan itu kini terus memperlihatkan kegigihannya - sifat yang terpancar sejak detik awal beliau mengenali sukan ini dan jelas dalam setiap aksinya, sama ada di gelanggang tempatan mahupun antarabangsa.
Beliau juga sudah lama menyimpan impian untuk mewakili negara di pentas Sukan SEA.
Ini meskipun beliau telah meraih beberapa kejayaan membanggakan dalam kerjayanya, termasuk menjadi sebahagian daripada skuad negara yang memenangi pingat gangsa di Piala Persekutuan Bola Sepak Wanita ASEAN 2024 di Laos.
KINI GALAS PERANAN SEBAGAI 'PEMAIN SENIOR' SKUAD BOLA SEPAK WANITA SG
Farhanah membuat penampilan sulungnya di Sukan SEA pada 2021 di Vietnam dan ini merupakan kali ketiga beliau mewakili negara di temasya sukan itu.
Dengan skuad Sukan SEA 2025 dibarisi ramai pemain muda, beliau kini menggalas peranan sebagai pemain ‘senior’ — satu kelainan berbanding penyertaannya sebelum ini.
“Mereka adalah pemain yang sangat muda dan untuk mereka mengambil bahagian dalam sukan temasya ini adalah satu perkara yang besar bagi mereka. Jadi saya cuba sebaik mungkin untuk berada dalam kedudukan di mana saya benar-benar boleh membantu mereka sebagai ‘senior’, antaranya bantu mengatasi rasa gemuruh mereka,” luahnya.

Persiapan skuad Lionesses ke Sukan SEA bermula seawal bulan September, dengan sesi latihan diadakan hampir setiap hari selama dua jam.
Ia sememangnya bukan mudah bagi Farhanah, untuk mengimbangi komitmen sukan dengan tuntutan kerja sepenuh masanya di Sport Singapore.
“Bila kerja pagi dan kemudian latihan pada sebelah malam, memang tiada masa untuk berehat. Di situlah Farhanah perlu jaga betul-betul kerana rehat juga adalah satu bentuk daripada latihan sebab rehat untuk pemulihan. Dengan sokongan di tempat kerja saya, mereka membenarkan saya mengambil sedikit rehat,” jelasnya.
Farhanah bagaimanapun percaya segala usaha itu akan membuahkan hasil, bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk pasukan.
Lionesses akan membuka kempen mereka dalam Kumpulan A menentang pasukan Indonesia pada Ahad (7 Dis). Mereka seterusnya akan bertemu pasukan tuan rumah, Thailand pula pada 10 Disember.
Sukan SEA edisi ke-33 akan berlangsung di Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.