Siswa SIT ini terbitkan lagu terbaru “Tumpang Lalu”

Gambar: Bani Rae
Inilah lirik-lirik lagu terbaru oleh Muhammad Rabbani Bin Raemee, atau gelarannya Bani Rae, yang berjudul “Tumpang Lalu”. Lagu ini adalah lagu kelima karya beliau sejak menceburi bidang muzik 4 tahun lalu. Di samping mencipta lagu-lagu baru, beliau juga merupakan seorang siswa tahun pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Pesawat di Institut Teknologi Singapura (SIT).

“Ini menunjukkan bahawa sokongan daripada masyarakat Melayu di Singapura amat memberangsangkan dan ini telah mendorong diri saya untuk menerbitkan lebih banyak lagu,” ujar Bani Rae, yang berusia 25 tahun.

“Sebagai seorang penerbit lagu dan penyanyi, saya harus menjadi serba boleh dalam apa genre lagu yang saya ingin menerbitkan, dan ini telah dibuktikan dalam lagu terbaru saya ‘Tumpang Lalu’ di mana lagu ini adalah di dalam tingkatan yang sama dengan lagu Dato’ Siti Nurhaliza di Ria 89.7” ujar Bani Rae.

“Bagi lagu ‘Khabar Angin’, ia merupakan sebuah lagu di mana saya bekerjasama dengan Danish Naufal, penerbit untuk Allure Records untuk menghasilkan sebuah ‘Music Video’ diarah oleh YungTauFoo yang berkonsep Busana Melayu, dan menampilakan seorang pendekar, Khaizuran Salleh,” ujarnya.

Beliau berharap lebih ramai lagi yang akan menyokong karya-karya beliau supaya beliau boleh menerbitkan lebih banyak lagu pada masa hadapan.
Beliau juga ingin berpesan kepada semua agar meneroka potensi diri masing-masing dan jangan mudah percaya kepada orang yang sentiasa memperkecilkan potensi anda dan sentiasa mengutamakan diri dan perasan diri sendiri.
MENGENAI PENULIS:
Noor Armand Bin Noor Azlan, mahasiswa Tahun 1 jurusan Kejuruteraan Elektrik Tenaga di Institut Teknologi Singapura (SIT). Beliau merupakan Presiden WAU! Persatuan Budaya Melayu SIT.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.