Siswa NUS ini tekad cabar stereotaip berkaitan wanita berhijab dan 'powerlifting'
Anggaran Waktu Membaca:

Nur Syafiqah mula menceburi sukan 'powerlifting' selepas menyertai Gymboxx pada 2021. (Gambar: Nur Syafiqah)
SINGAPURA: Imej wanita, apatah lagi mereka yang berhijab, selalunya tidak selari dengan tanggapan umum terhadap atlet dalam sukan angkat berat.
Namun, Nur Syafiqah Mohammed Shamsul, 23 tahun, bertekad untuk mengubah naratif tersebut. Beliau gigih berlatih dalam 'powerlifting' sekalipun dirinya baru berjinak-jinak dengan sukan itu pada 2021.
"Waktu itu COVID, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di rumah tetapi saya mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat," cerita Syafiqah yang kemudian mendaftarkan diri di sebuah gimnasium.
"Saya selalu ke sana bersama abang saya. Di sana, saya selalu bertanya kepadanya... apa yang harus saya lakukan, sehingga dia 'bingit' sedikit," seloroh anak bongsu tiga beradik itu lagi.

Dari situlah, bekas pelajar Politeknik Ngee Ann itu diajak mencuba 'powerlifting' pula.
"(Abang) berkata mengapa tidak saya mencubanya dan mendapatkan seorang jurulatih. Saya menuruti nasihatnya."
KEPUTUSAN DIBANGKANG KERANA BERHIJAB
Syafiqah memutuskan untuk memberikan komitmen dalam 'powerlifting' selepas menyedari dirinya mampu mengangkat berat melebihi apa yang dijangkakan.
"Peralatan yang digunakan kebanyakan atlet angkat berat juga tidak murah. Tali pinggangnya sahaja berharga lebih S$200. Saya tidak mahu semua itu akhirnya sia-sia sahaja," jelasnya.
Keputusan beliau bagaimanapun sempat dibangkang.
"Ibu bapa saya sokong (keputusan saya) tetapi nenek dan datuk saya tidak begitu setuju. Nenek saya tidak sokong sebab saya pakai hijab," ujar Syafiqah.
"Beliau menyuruh saya memilih sukan lain yang lebih sopan."
Pun begitu, Syafiqah pada akhirnya meneruskan niat untuk menyertai sukan 'powerlifting'.

"Saya yakin (ingin melakukan ini) kerana saya ingin pecahkan semua stereotaip itu dan juga menjadi kuat dengan diri saya memakai hijab ini," kata Syafiqah kepada kru Nadi Kampus.
Beliau memasuki kelab 'powerlifting' di Universiti Nasional Singapura pula tidak lama selepas itu.
STEREOTAIP JUGA WUJUD DALAM MASYARAKAT UMUM
Ditanya sama ada masih ada tanggapan wanita berhijab tidak boleh angkat berat dalam masyarakat, Syafiqah yang sebenarnya lemah lembut orangnya, berkongsi dua insiden yang dilaluinya.
"Masih ada stereotaip di gim misalnya. Ramai meragui kekuatan saya kerana saya berhijab. Apabila saya pasang piring berat seberat 100 kilogram, mereka macam... dia boleh ke?" cerita mahasiswa kejururawatan tahun ketiga ini.

"Ketika membeli peralatan seperti kasut untuk angkat berat juga... pemilik kedai ternampak wanita berhijab ini, iaitu saya, memasuki kedainya. Dia bertanya saya... anda tahu kasut ini untuk apa?
"Saya menjawab ya, ini untuk 'powerlifting'."
Pertanyaan si pemilik kedai tidak terhenti di situ. Beliau sekali lagi bertanya jika Syafiqah boleh mengangkat berat.
Syafiqah dengan penuh yakin diri menjawab "ya".
Pendek kata, jelas ramai masih mempunyai tanggapan wanita berhijab tidak boleh melakukan sukan angkat berat sedangkan ada sahaja, seperti Syafiqah, cukup kuat, secara mental dan fizikal, untuk membuktikan sebaliknya.
"Saya boleh menjongkok dengan 90kg. Saya boleh buat tekan dada dengan 40kg dan 'deadlift' 115kg buat masa ini," kata Syafiqah.
Beliau menekankan bahawa 'powerlifting' bukan sekadar soal mengangkat berat sahaja. Sesiapa yang melakukan sukan ini perlu berlatih, tegasnya lagi.

"Sukan ini boleh dianggap berbahaya kerana kalau anda tidak pelajari sukan ini dengan baik, anda boleh cedera."
SUDAH MENANG PERTANDINGAN DALAM KELAS 63KG
Diam tak diam, sudah sekitar empat tahun Syafiqah tekun berlatih dalam sukan angkat berat. Beliau bahkan menjalani latihan empat kali seminggu sekarang ini.
Sejak tahun lalu pula, Syafiqah mula memberanikan diri untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sebagai atlet NUS.
Beliau mendapat tempat pertama dalam salah satu pertandingan anjuran Powerlifting Singapore walaupun acara itu berlangsung ketika dirinya perlu ulang kaji bagi peperiksaan pertengahan semester.
Beliau muncul sebagai pemenang tempat pertama selepas berjaya mencatat prestasi baik dalam ketiga-tiga segmen - menjongkok (92.5kg), tekan dada (42.5kg) dan 'deadlift' (115kg).

Kejayaan itu tentunya hanya dapat diraih selepas banyak menjalani latihan, selain perlu menyesuaikan cara pemakanannya.
"Dahulu saya makan apa yang saya nak. Tetapi kalau nak bertanding, perlu buat persiapan. Jurulatih saya suruh saya meningkatkan pengambilan protein kerana saya perlu memasuki kelas pertandingan bagi atlet dengan berat badan lebih tinggi, iaitu bagi atlet 63kg," kata Syafiqah.
"Jadi nak kena banyak makan. Susah sikit."
Kesungguhan Syafiqah bukti sifat seorang wanita dan kekuatan fizikal boleh berjalan seiring, dan bukannya dua perkara bertentangan.

Ini nasihat Syafiqah untuk mereka yang mahu mencuba sukan 'lasak' tetapi kurang yakin diri kerana penampilan mereka:
"Jangan stres. Jalani sahaja latihan. Fokus pada berat yang perlu diangkat. Hijab atau tak hijab pun, sukan ini untuk semua. Jangan terlalu memikirkannya."

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.